Salam semua, 7hb nie Drama baru slot Zehra iaitu Drama Ustaz Amirul bakal di tayangkan, tengok promo drama nie macam best je, tak sabar pulak nak tengok, pelakon utamanya iaitu Ashraf Muslim yang mana beliau mengatakan 50% watak Ustaz Amirul tersebut ada pada dirinya, perg!! ramai wanita di luar sana pasti cair 🙂
Kalau melihatkan pada paras rupa dan pertuturan beliau, nampak sangat serasi dengan watak tersebut, nampak gaya kesopanan tu ada, kalau dah 50% ada ciri-ciri macam ustaz amirul tu dah ok sangat dah, nie kompom menjiwai watak tersebut 😛
Jom layan sinopsis Ustaz Amirul di slot Zehra Tv3
Drama Ustaz Amirul di TV3 mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari sebuah universiti Islam di Mesir.
Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhan imannya sebagai pemegang amanah Allah dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.
Ustaz Amirul juga berjanji kepada ibunya, jika dia tidak mempunyai calon isteri sehingga dia berusia 30 tahun, ibunya mencari siapakah wanita yang layak bergelar isteri.
Drama tersebut akan menggantikan Ahmad Durrah di slot Zehra setiap Jumaat bermula 7 Januari, pukul 9 malam.
“Saya perlu menyampaikan dakwah kepada remaja-remaja. Watak Ustaz Amirul agak berlainan seperti watak ustaz lain yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Ustaz pun seperti manusia biasa lain yang perlu berhadapan dengan keputusan dalam hidup,” ujar Ashraf.
Seperkara yang menjadi kebimbangan pelakon drama Niyang Rapik dan Cinta Sempurna ini adalah selepas Ustaz Amirul disiarkan di televisyen.
“Saya risau sekiranya drama ini membuatkan penonton akan membandingkan latar belakang diri saya di luar.
“Saya juga perlu lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perkara. Mungkin dari segi perbuatan atau perkataan saya,” ujarnya lagi.
Sejak akhir-akhir ini, tidak dinafikan pelakon drama Ilusi dan Manjalara ini selalu melakonkan watak seorang ustaz.
Kebetulan, terbaru dia turut muncul dalam filem Aku Masih Dara yang sedang ditayangkan di pawagam.
Namun jika diikutkan Ashraf tidak menolak sekiranya ditawarkan watak antagonis atau jahat asalkan cerita itu mempunyai mesej berguna kepada masyarakat.
“Sebagai pelakon, memang saya perlu versatil tetapi saya perlu juga memenuhi kehendak saya dalam menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat.
“Selepas ini, saya teringin untuk melakonkan watak orang bisu dan pekak pula,” tambahnya yang turut sibuk menguruskan perniagaan penternakan kambing.
Sumber : yanghangat.com
.
Nota Yanmie : wowww baca sinopsis sangat best! tak sabar nak tengok episode 1 ustaz amirul 🙂
.
lagu yang eira syazira nyanyi istana cinta.
Salam…Alhmdllah..Drama ini sdikit sebanyak dpat m’beri pngajaran u masyarakat akn Cinta b’lndaskan Islam…(“,)
ost ustaz amirul
tajuk di hati ini
ape tittle lagu tema drama ustaz amirul?/ ❓ ❓
Itu lah.aq pun tak tahu! Ada sesiape dkt sini yang tahu x!?
nk lagu yg eira syazira nyanyi tu 😉
muka dia ni sesuai pegang
watak baik.
ade sape2 tau x lagu tema drama nie…syahdu plak dgarnye..tolong ekkk
@dannywin, kasi lirik sket..nyanyi3
@suarapeople, x sure lah tapi lirik die lebih kurang macam ohhh tuhanku ape tahhh serius x dgr tpi lagu syahdu tauuu
Perghhh,Ashraff nak berlakon lagi..Tapi tak dapat tengok lahh.hik hik hik
@haiqal, napa lak?xda tv?
wah pas ni kene tpacak kat depan tv lak pulak hehehehehe
@alif, Tapi saya di kolej lahh.hik hik hik
@haiqal, tengok dekat tonton.com.my . tetapi website itu agak kedekut untuk download
@Ikhwan Pauzi, hack je untuk download..hahaha mana tau dapat
@suarapeople, haha. ikhwan tak reti hack.
suka sangat dengar ashraf tiup flute lagu seribu tahun
syahdu…
@kakngah, flute tu apa eh?
@haiqal, flute tu adik beradik seruling gak ah. abang kepada recorder.
@Ikhwan Pauzi, ohh gtu ek
@suarapeople, ha’ah.
@haiqal,
ikhwan dah jwpkan tu. btl la tu…
@kakngah, terimass.
Gayah susah beno nk tgk drama… tak tau la nape… nk try la tgk ceta ni…. nsem lak ustaz ni..huhu
@gayahspears, sama.Once miss,rasa macam malas tengok daa
bukan senang nak bawak watak ustaz ni. dalam cerita, luar cerita kena jaga perilaku. jangan nanti dalam cerita je baik, dekat luar..errr.. hehe
@serol, betul.Even berlakon pun,kena jaga juga kan.
ustaz Amirul macam nm die berlakon dalam cd5rama bersiri jangan pandang belakang kan..ke tak>? heee.
haa..cerita boleh la layan, sebab malam..kalau siang jangan diharap huhhu
@eiyda, betul lah tu rasanya
suka dengan ashraf nih. dia usahawan and jadi pengamal perubatan Islam jugak. semoga dia terus sukses dalam kerjaya dia.
@eiela, dia pengamal perubatan islam gak ke?
@eiela, bukan jual kambing ke
@haiqal, entah la.
macam best. menariK!
@Ikhwan Pauzi, saya pun rasa begitu.hehehe
@haiqal, mesti tengok ni.
eeee u,hensem! hahahaha
kak yan sabar lah..nak tengok drama ke nak tgk ustaz nih
@suarapeople, nak tengok ustaz kot. haha
wah…menarik ni…yan…izinkan saya mencuri sinopsis ini..haha
@Mohd Isa, mencuri boleh. jangan mengambil tanpa kebenaran. hehe
wahhh drama baru pula, ade perasan iklan die kat tv smlm
Terkini : Faizal Yusof Meninggal Dunia (Update)
@suffer8zine, tak perasan pula..
Drama Ustaz Amirul di Slot Zehra TV3 http://bit.ly/gMtOaA (via @yanmie)