Drift @ Putrajaya

Salam semua, semalam aktiviti penuh woo plus hepi sangat, pagi gi shopping barang dapur dan beli paper Berita Mingguan sebab tertarik sangat dengan tajuk muka hadapannya iaitu Blogger untung RM1 Juta, eehehe lepas tu hantar barang-barang then pecut ke Putrajaya sebab ada Event Drift di Putrajaya, Presint 2 kat belakang Mahkamah Kehakiman Putrajaya.

putrajaya

macam biasa kalau ada Drift ke, Drag ke, Race ke apa-apa jelah melibatkan permotoran harus terjah, kawan en.hubby pun ada masuk jugak Drift kat Putrajaya nie, lepas nie tak taulah ada kat mana pulak, kalau dekat-dekat harus terjah aje 🙂

Layan jom gambar masa kat sana 🙂

drift putrajaya

Cuaca tak bape best, tapi ok je no problem 🙂

drift putrajaya

My hero-hero, kami berempat berbaju sedondon 🙂

drift putrajaya

Alamak Haziq macam tak rela je nak amik gambar…hahaha

drift putrajaya

Aksi cium ketiak…hahahaa *gurau*

drift putrajaya

Bersama anak Mijie, yang kecik tu…see macam janji je ngan kami, kalau orang tengok pun orang boleh cakap tu anak kami sebab sedondon..ehehe jangan jeles ye Mijie :))

drift putrajaya

yeay comelkan anak mijie nie, nama dia Fahim , tak kisah pun Yan pegang dia, mula-mula tu nampak macam takut-takut, bila dah duduk atas riba terus menyandar, empuk sangat kot…hahaha.

Sebenarnya semalam sempat jumpa blogger Muhammad Tarmizi aka Mijie yang mana datang bersama isteri dan anak, tapi sayang tak dapat lepak lama sebab hujan turun dengan lebatnya, macam tak bagi je jumpa lama-lama…hahaha dah tu tak sempat gak amik gambar bersama mijie dan isteri, takpe next time kita jumpa lagi ye, kita gi ngeteh ke…

Sebenarnya sebelum nie dah pernah jumpa beliau semasa kami sama-sama terpilih untuk menjadi reviewers maxis10 di Maxis :), jom terjah blog beliau!

Nota Yanmie : Merahnyeeee makngah!!

You Might Also Like

57 Replies to “Drift @ Putrajaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge