Salam semua, semalam dapat perkabaran yang tidak enak, di mana kampung (Sandakan) di landa banjir, tanah runtuh sana-sini, sehingga kini keadaan cuaca di sana masih lagi hujan lebat, dan melihat pada ramalan kaji cuaca, ribut petir berlarutan selama 1 minggu ini, Ya Allah selamatkanlah semua ahli keluargaku di sana, semua penduduk di sana.
Apa yang mengecewakan Yan, sehingga setakat ini masih belum ada laporan berita tentang kejadian ini, sudah tentu ramai ahli keluarga yang berjauhan ingin mengetahui perkembangan tentang keadaan di sana, Yan bernasib baik masih dapat mengetahui perkembangan disana, bagaimana dengan mereka yang tidak mengetahuinya? oh yea, Sandakan adalah daerah yang baru-baru ini kerap muncul di muka TV bagi kempen Pilihanraya Parlimen Batu Sapi.
Paling mengecawakan bila membaca di wall Warga Sandakan, mereka mengatakan masih belum ada pihak berwajib yang turun padang (setakat semalam) untuk melihat nasib masyarakat sandakan, harap pihak berwajib dapat turun padang bersama masyarakat disana dan mencari jalan penyelesaian. [updated 6.27petang] Dan Alhamdulillah baru sahaja membaca di Bernama, yang mana kerajaan negeri akan mengambil langkah jangka pendekdan panjang untuk menyelesaikan masalah tanah runtuh dan banjir di Daerah Sandakan.
[updated 6.27petang] Laporan Berita dari Bernama.com.my, boleh klik SINI
Kalau di lihat pada faktor muka bumi, tidak mungkin sandakan boleh di landa banjir kerana kedudukannya yang berdekatan dengan laut, ini juga rasanya dari hasil pembangunan sekarang, bukit banyak di ratakan, pembangunan sana, sini, bukit, pantai pasir putih terhakis.
Apakah kita mahu ada lebih banyak nyawa akan terkorban??
Bandar Sandakan Banjir dan Tanah Runtuh
Taska Bunny Taman Indah Sandakan
Banjir lumpur di Sandakan
Tengok lumpur tu semua, mesti korang tau kenapa banjir lumpur nie terjadi kan??
Tanah Perkuburan SimSim runtuh, dulu dah pernah runtuh, mayat dan tulang jatuh ke jalan raya
Tanah runtuh, menurut sumber warga sdk facebook ada wanita meninggal dunia dan anaknya masih dalam unit kecemasan
Tanah Runtuh di Tanah Merah Sandakan
Kereta tertimbus
dan macam kolam renang
Sepatutnya sandakan tidak akan banjir seteruk ini, kerana ianya berdekatan dengan laut, malah bandar sandakan berada di tepi laut sahaja, hanya tembok yang memisahkan bandar sandakan dan juga laut.
Ramalan kaji cuaca selama seminggu yang di keluarkan oleh Jabatan Meterologi mengatakan hujan dan ribut petir selama seminggu, walaubagaimanapun ianya hanyalah ramalan, harap-harap hujan tidak berpanjangan.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita.
Terima kasih kepada facebookers warga sandakan kerana sentiasa mengupdate keadaan disana dan terima terima kasih pada ChanCute atas perkongsihan gambar di facebook warga sandakan.
.
Nota Yanmie : Hari nie family nak shopping bekalan makanan sebanyak mungkin, takut terputus bekalan dan perjalan
naa bebalik lagi bulan januari.. Habis lh sandakan banjir balik.. Yaa lh bulan januari kn musim hujan..
asmkum smua,apa yg kita lihat dlm keadaan bnjir disndkn ni memglah amat sedih bila melihat bndar kita ditimpa bgini tp semua 2 adalah cobaan dri ALLAH SWT,,alhamdulillah sebb masi ada juga yg trselmat…….kpada almarhum bencana nie sya sekeluarga mngucapkan AL FATIHAH……AMIN
😆
salam…semoga banjir yg telah melanda di sandakan ne dapat memberikan sedikit pengajaran kepada kita semua…mungkin ada hikmah disebalik bencana alam ini berlaku…memang teruk jugak larr hujan+ banjir tahun ne..sampai uma aq pun masuk air…ish2x..x pernah berlaku…semoga semua rakyat sabah terutamanya yg dilanda banjir sentiasa sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan ini..amin…semoga tiada malapetaka yg x diingini berlaku..amin..
😳 Subhanallah….Ya Allah Jauhkanlah kmi dri segala Bencana yg tdk diinginkan.Lindungi keluargaku dan umat islam yg lain.
kristian jga ❗
tidak akan dilupa… 😮
knapa lha teda bantuan d hulurkn d s’kan,.. p raya lbh d utamakn b’banding mangsa banjir d s’kan nie,…. 😡 ….
sungguh tidak ku duga,sandakan di timpa bencana sebegini…ni la kan kuasa Tuhan….selama 5 tahun menetap di sana ni kali pertama kejadian berlaku
salam.. terharu dengan apa yang terjadi di sandakan… family my hubby dari sana.. harap2 mereka semua dalam lindungan Allah hendaknyer.. aminnn
noie recently posted..– Banjir Kota Tinggi Banjir Ofis Kami –
banjir d johor,negeri sembilan dan melaka cptnya dpt liputan dan bantuan..banjir dan tanah runtuh 29hb jan 2011 yg meragut byk nyawa pya lh lambat..itupun lps kena byk complaint…itupun sikit je liputan..cemana org sandakan yg keja luar sabah nak tau perkembangan family d sandakan..INIKH 1MALAYSIA RAKYAT DDAHULUKN?
assalamualiakum..kak sy turut berduka cita atas bencana yang menimpa bndar Sandakan..buat warga Sandakan sabar dan tabah dan berserah pada-Nya..jangan lupa minta pertolongan dariNya..semua ni ujian untuk kita semua..sama-sama kita berdoa dan sedekahkan al-fatihah buat saudara kita yang meninggal dunia akibat banjir ini..al-fatihah….
Salam yanmie.. saya tak sangka sehingga begini buruk kejadian di Sandakan.Didoakan semoga semua dipermudahkan ye. Salam perkenalan
CikSembang recently posted..Kenapa Yuna Jual Kasut Kulit Khinzir
sedih sangat tengok keadaan sandkn skrng ni..mudah2an sume family dan rakan2 kat sndakn dlm keadaan selamat..mungkin ada hikmah sume ni.. Tuhan nak mengingatkan umatnya agar jgn alpa dgn dunia..takziah pada keluarga yg terjejas teruk dlm banjir ni..
Teruk juga banjir melanda di Sadakan. Terdengar penduduk sana mengatakan bantuan lambat sampai
akubiomed recently posted..Minggu ini cerita Asia sahaja
johor pun tengah lebat skrg nie.. peh, banjir lumpur tu.. teruk gak..
Izwan recently posted..Kerana Arak Itu Aku Sangat Kecewa
wah teruk juga dekat sana ye kak yan.. semoga saudara mara d sana selamat semuanya
myvitrd recently posted..Sesi Terjah Tugu Peringatan Negara Malaysia
betul 2 kak..kami di sini susah sgt nak bergerak…mudah2an semuanya cepat berakhir..sangat menakutkan bila sana sini tanah runtuh.! rasa mcm tak selamat nak keluar.
hari nie dah hari 5hari hujan tanpa henti di sandakan…
fatin recently posted..Contest Aksi Makan yanmieonlinecom
Sangat menyedihkan sampai sekarang, brita tv1, tv2 mahupun tv yang d bangga2kan tv3 masih tidak menyiarkan khabar banjir dari sandakan. Sedangkan kami yang jauh ni asyik tertanya2 khabar keluarga yang berada disandakan. Dimana pergi org2 yang sepatutnya melaporkan berita sebegini…khabar dinegara jiran tak habis2 disiarkan, di tenang juga asyik benda yang sama dipaparkan…….Bila nak memancing undi boleh kata 24jam asyik muka dorang kuar…bila jadi macam ni…semua senyap…i really dissapointed !
Salam @Mimi Baizurah, email dh d hntr dan dh dpt feedback dr tv3, malah dh keluar di buletin 1.30 tghari tadi, dan mlm nie pun ada jugak berita di buletin 8, tunggu je, sya dh tgk sedutan berita td, stay tuned dpn tv3 ok, dan kerajaan sabah dh amik tindakan, ketua menteri pun dh turun pdg, harap2 semuanya di permudahkan, dan ahli keluarga semua selamat, amin.
@yanmie,
Thanx 4 the feedback, i heard sekarang ni da alhamdulillah semalam da ada matahari…hari pun panas juga n hujan da berenti buat seketika…harap2 pihak berkuasa kita bertindak lebih pantas n jangan tunggu ada mangsa terkorban baru nak turun padang. Cuba letak family kita d tempat kejadian, adakah kita sanggup biarkan jer issues macam ni … sepatutnya pihak berkuasa da ambil tindakan pada tahun 2009 lagi…sebab kejadian banjir kali ni da terjadi kali yang ke-2…. kali pertama , nobody border… buat la keja ckit, bila memancing undi bukan main banyak janji di tabur tapi bila jadi macam ni semua buat senyap sedangkan pengundi yang berabis mengundi ni dalam kesusahan…cuba fikir-fikirkan sejenak….” Mana janji2 manis kalian ? “
keadaan di skn memg menakutkan. rasanya tak boleh nyenyak tidur. Apa hikmah di sebalik kejadian ni? masa pilihnry di Bt.sapi hr tu bukn main lg. bantuan sana sini. wang ringgit, semua la bah minta puji. bila smpai bala bencana gini….mana Yb yg dipuja2?.. apa kamu rasa?
dasyatnya.. semoga pihak berwajib segera mengambil tindakan sewajarnya.. kat kl ni pun hujan dari pagi tak benti.. nasib la kawasan umah sy tinggal ni bkn kawasan banjir..
Ezany-Kun recently posted..More & No More
Saya sangat terkejut melihat bencana alam di sandakan. Saya harap Tuhan akan emeberkati Sandakan agar bencana ini akan berhenti. Sandakan berdiri teguh..
perghhh..teruk juga banjir kt sana, ish, benca alam dah makin bayank sekarang niem bumi ni dah tua.hmm
anip recently posted..Pertandingan Kambing Tercantik Yang Diadakan Di Arab Saudi
Kakak cakap keadaan banjir disana lebih teruk pandangannya dari gambar yg ada dlm blog 🙁 http://t.co/P43Pydk
YA ALLAH berikanlah kepada kami iaitu hamba2 mue yg berada d sandakan ini agar dpt bertahan dgn dugaan yg engkau berikan…….jadikn lah kami insan yg tabah dan jauhkan larh kmi dri sebarang kematian……amin amin amin ya rabbalalamin….
keta tu smpi sekarg msh kt sna..x alih lg..skan mcm dh jd kolam renang bezanya..warna air je yg x jernih…hujan mikn kuat..x dpt bli brg2..
la. ikhwan tak tau pulak. kesiannya. syukurlah kat tempat ikhwan takda bencana camni. mesti bagitau tv3 nih!
Ikhwan Pauzi recently posted..Kad Bank! Akhirnya
kesiannya…xdgr pulak dlm berita kat TV. Mudah2an keluarga kakyan dan kwn2 yg duk sandakan selamat..
baru pertama kali baca sandakan dilanda banjir . Betul tu kak , saya tau sandakan banjir nie pun dari entri akak nie. Bersabar di atas dugaan ini . Takziah kepada semua mangsa banjir yang terlibat~
leha recently posted..Weekend Story dan Cik Nat yang dah tua ! -D
bersabar la atas dugaan yg menimpa…
ni semua ketentuan ALLAH SWT..
>pada yg terlibat takziah d ucapkan…
@joe yusuf, ya betul tu…mudahan xda benda yg terul lagi
yanmie recently posted..Sandakan di landa banjir dan tanah runtuh
teruk jugak musim hujan sekarang ni..kena pulak time cuti..memang duduk rumah je lah..nasib baik kat tempat saya ok lagi
aizuddin recently posted..Senarai Peserta Contest Facebook Aizuddincom
Biasalah…..akhbar dan tv sibuk dengan pilihanraya…bencana alam ketepikan.Bantuan pun lebih di utamakan untuk kempen p raya berbanding mangsa bencana.Bukan tak biasa.Cuba kita fikir dan renung bersama.
@jdc, ya itulah yang dapat di lihat sekarang ini.
Hampehhhhh
@aizuddin, Yelah betul tu @aizuddin, alhamdulillah kt tmpt aizuddin ok, nie akak duk risau keadaan kt kampung…uhuk, mudahan semuanya selamat…amin
Hujan semakin lebat, Ya Allah selamatkanlah seluruh ahli keluargaku dan mereka2 yang berada disana…amin http://t.co/P43Pydk
Sandakan di landa banjir dan tanah runtuh http://yanmieonline.com/2011/01/sandakan-di-landa-banjir-dan-tanah-runtuh/
RT: @yanmie: TV3 dah siarkan aduan Yan pasal banjir di sandakan http://bit.ly/i9RSpO terima kasih @tv3malaysia 🙂
RT @yanmie: TV3 dah siarkan aduan Yan pasal banjir di sandakan http://bit.ly/i9RSpO terima kasih @tv3malaysia 🙂
TV3 dah siarkan aduan Yan pasal banjir di sandakan http://bit.ly/i9RSpO terima kasih @tv3malaysia 🙂
http://yanmieonline.com/2011/01/sandakan-di-landa-banjir-dan-tanah-runtuh/
Sandakan di landa banjir dan tanah runtuh http://bit.ly/fQqr1n (via @yanmie)
RT @yanmie: Blog Updated : Sandakan di landa banjir dan tanah runtuh http://bit.ly/id8LKx
@tv3malaysia Sandakan di landa banjir dan tanah runtuh http://bit.ly/i9RSpO