Salam semua, fuh dah tengahari nie kerja rumah tak setel lagi, penah sangat, pagi-pagi buta lagi dah menempek depan laptop nie, duk buat tugasan yang aiman bagi ke ibunya, ala cikgu Aiman nak kan dia lekat gambar family album kat kertas yang cikgu dia  bagi tu, kena ada gambar family, gambar Aiman, ibu, ayah, adik.

family

Disebabkan jarang menggunakan printer, so lupa kat mana letakkan usb printer tu, sehari suntuk jugak semalam Yan cari, penat tak jumpa, abis stor tu tunggang langgang, tu yang keje rumah tak setel lagi. maklumlah dah lama tak print gambar, gambar yang ada pun semua versi lama, hehe. Sekarang kan dah canggih, semuanya soft copy je, letak je dalam laptop nie, dalam Facebook, Blog. nie nak kena print pulak..

print

Gambar nie jugak yang ku suka…hahhaa

print gambar

See bersepah-sepah, dah ler tersalah print, amik ko print gambar yang sama berhelai-helai..uwaaa

Aiyooo udah ler paper glow dah abis, sudahnya print guna kertas biasa aje…hahhaa layankan jelah ye nak…next time kita print siap-siap semua gambar dalam simpanan ibu nie, senang sikit, besok-besok cikgu nak terus bagi je, tak perlulah ibu nak penat-penat mencari usb printer macam pagi nie…ehehee

Nota Yanmie : Usb printer tu duduk dalam beg laptop rupanya…hahhaa :))