Yeay dah ada pembantu rumah

Salam semua, yes betul Yan dah ada pembantu rumah..ehehe, syukur alhamdulillah sejak Aiman dan masuk sekolah tadika nie, dia dah cerdik sikit, boleh nampaklah perubahan pada dia, rajin tolong ibu dia kemas rumah, sapu rumah, sampai tugas melipat kain pun dia nak amik alih jugak, tapi lipat baju-baju diorang ajelah sebab kain baju yang besar-besar tu dia tak reti. so layankan jelah dah dia nak tolong kan πŸ™‚

aiman

Gambar nie Yan snap pagi tadi, senyap-senyap snap gambar dia, see dia tengah tekun melipat baju dia dan adiknya, siap susun lagi kat rak-rak tu semua, pandai pulak dia asingkan mana baju dia dan mana baju adiknye, ehehe maybe dah selalu tengok ibu dia buat kot, so tak perlu dah ajar dia.

aiman

Sambil melipat baju sambil menonton TV, oklah kan takdelah dia Β bosan. dah siap-siap lipat macam nie, tugas Yan pulaklah nak punggah bekas-bekas tu naik ke atas bilik diorang untuk di susun, Aiman tak kuat nak angkat ke atas, lagipun dia tak reti nak susun rak baju tu.

Up balik Video aksi melipat baju dari anak-anak Yanmie πŸ™‚

Oh yea syukur alhamdulillah dah nak sebulan budak kecik dua orang kat atas tu dah berpisah tidur dengan mak pak diorang, so boleh honeymoon dengan aman, wakaka gurau je okeh!

Nota Yanmie : Jangan suka cakap belakang!

You Might Also Like

63 Replies to “Yeay dah ada pembantu rumah”

    1. @akubiomed, hahahaa diorang pun buat gak gitu, tp alhamdulillah since aiman dah masuk tadika nie blh nmpk perubahan dia, jadik ringan tulang plak, kadang kain belum kering nak di angkat olehnya sebab nak lipat sangat kain tu…wakkaa lawak pulak :))

    1. @Nur, alhamdulillah Nur, tp kadang budak2 nie ada gak angin2 diorang, klu time diorang nak buat dan nak explore sesuatu benda biarkan je, kita perhati jelah apa diorang buat, apa yg blh apa yg x blh dan apa yg bahaya.

    1. Ha’ah @ejam, syukur sgt aiman dah tak perlukan gadget melipat kain tu..ehehe, dia dah master lipat baju2 dan seluar diorang.

      haziq jadi tukang tengok je, budak tu manja giler seh!! bagi adik kang baru tau…hahhahaa :))

      pakar motor-basi? hahaha lawak pulak :))

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge