Salam semua, syukur alhamdulillah blog dan email dah boleh di akses semula, untuk pengetahuan korang, petang semalam Dashboard blog ini tak dapat di akses, password katanya salah, perasaan cuak sangat dan terfikir bila masa pulak aku tukar password nie, kemudian try reset password, dan link untuk reset password tu dihantar ke akaun gmail, then lepas tu login ke gmail pulak, tetiba akaun gmail pun tak boleh di akses, oh apakah kedua-dua akaun tersebut kena hack? sebab ianya menggunakan password yang sama.

Tak puas hati contact kawan kat YM, minta tolong dari dia suruh login ke akaun wordpress dan jugak gmail, ternyata dia pun tak boleh login, dan sah-sah kedua-dua akaun tersebut di hack oleh seseorang, siapa pun Yan tak tau, tapi apaka motifnya nak hack blog nie, takkan jeles kot sebab tukar themes baru ehehee.

Yan masih bernasib baik sebabnya masih boleh masuk ke Direct Admin, so reset password kat sana, then tukar terus password wordpress blog, tapi masalanya akaun Gmail masih gagal untuk Yan login, recovery email ingat tapi passwordnya lupa, maklumlah Β email tu since sekolah dulu, memang dah berpuluh-puluh tahun, nasib baik jugaklah time tu kakak online, dapat clue dari dia pasal password, so cuba login dan akhirnya berjaya. syukur alahmdulillah, tapi akaun tak aktif tak Β boleh nak buka inbox, kena reactivated kan, tu pun banyak step, tawakkal je buat tu semua dan akhirnya berjaya buka mail, alhamdulillah. so try reset pass Gmail dan link tersebut dihantar ke recovery email, dan akhirnya boleh tukar password Gmail tersebut.

device

Screen capture dari HTC Desire Z

Yan perasan start tak boleh login email dalam pukul 7.30-9.00 malam sebabnya time tu Yan dah tak dapat apa-apa email dari Smartphones HTC Yan nie, sebabnya Smartphones tersebut syncronize dengan akaun Gmail, so even Yan tak on laptop pun Yan still masih boleh dapat email tersebut kat smartphones, biasanya kalau email masuk memang Yan tahu sebab Yan setting lagu untuk alert email tersebut. tetapi dari pukul 7.30-9.00 malam memang Yan dah tak dapat email. pedahal ada je email dari pukul 7.30-9.00 malam. dah error macam kat atas tu, tetiba error tak boleh sign-in. so memang sah-sah akaun Gmail dan WordPress blog kena hack.

Yan masih bernasib baik sebabnya benda nie tak lama, Yan perasan cepat, kalau tak dah tentu jahanam blog dan email tersebut, nauzubillah minta di jauhkan.

Pada so hackers kalau terbaca blog ini, tolonglah jangan buat lagi, kesian kat saya ok! saya bukannya Blogger untung RM1 Juta. Saya cuma blogger picisan je.

So moral of the storynya jangan letak password yang sama di akaun email dan akaun blog korang. Yan pun dah minta pihak hosting cek-cekkan database blog nie, takut-takut kalau ada apa-apa yang di tanam dalam ftp.

Updated!

Pihak hosting Fivio.com dah buat siasatan, tidak ada sebarang rekod changelog untuk blog ini, hackers tersebut telah masuk melalui email Gmail tersebut, dan request untuk reset password wordpress, nampaknya hackers tersebut memang tahu username untuk blog ini. Tapi syukur Password email tersebut dah di tukar, Terima kasih untuk pihak fivio kerana memberikan kerjasama.

Nota Yanmie : Lega…Alhamdulillah :), maklumlah hasil blogging 5 tahun dan akaun email yang sangat penting!