Cara ajar anak tidur asing dari ibubapa

Salam semua, wah tajuk entry sila percaya ye, nak ajar sangat bukannya reti pun, tapi sekadar pendapat bagaimana nak ajar anak-anak kecil kita agar mereka boleh tidur berasingan dengan ibu bapa, sebenarnya benda nie sangat penting ok! sebab budak-budak nie cepat belajar dan mudah meniru apa yang orang dewasa dan orang lain buat, bayangkan kalau tengah ehem-ehem anak terjaga dari tidur?? tak ke naya??

cara ajar anak tidur asing

Cepat ngaku siapa yang google??

Ye Yan bukanlah pakar dalam hal nie, tapi ini berdasarkan pengalaman Yan sendiri bersama dengan anak-anak kecil, dan bagaimana Yan boleh berjaya mengasingkan anak-anak dari tidur sekali dengan kami. Syukur bagi Yan caranya tidaklah serumit mana pun. cuma perlu mula slow-slow, tak boleh mengejut.

haziq

Bagaimana menarik minat anak untuk tidur berasingan?

1. Apa yang perlu, sediakan persekitaran yang bersih dan menarik untuk anak-anak, supaya mereka lebih seronok untuk berada didalam bilik tersebut.

2. Hias bilik tersebut, biar nampak ceria

3. Sediakan beberapa bekas mainan di dalam bilik, dan pastikan mainan tersebut bukanlah mainan yang boleh membahayakan si anak contohnya lego, puzzle dan lain-lain yang seantara dengannya.

4. Lakukan aktiviti bersama di dalam bilik tersebut, contohnya mewarna atau melukis, agar mereka lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri untuk berada dalam bilik tersebut.

5. Ajar mereka tidur dalam bilik tersebut dan katakan jangan takut, ibu ada kat bilik sebelah, kalau ada apa-apa panggil aje, ibu datang!

6. Kalau takde masalah dengan hal diatas so boleh senyum lebar lepas nie..ehehe

*Ingat semuanya mengambil masa, bukan buat terus boleh, tapi serius! anak-anak Yan sekali ajar je terus ok, maybe sebab buat macam kat atas tu kot, kalau tak sampai ke hari nie masih lagi tidur bersama diorang.

So pada sesiapa yang ada anak kecik tu, yang mempunyai masalah tersebut, bolehlah amik tips diatas, sekadar perkongsihan, kalau rasa baik amik, kalau rasa tak baik jangan ikut…ehehe

Nota Yanmie : Honeymoon pun aman..opss!! abaikan!

You Might Also Like

43 Replies to “Cara ajar anak tidur asing dari ibubapa”

  1. anak saya tidur asing,masa umur 2 tahun,salah satu sebabnya dia dah dapat adik.Nak tidur sama dah tak muat katil.Mula-mula dia kena tidur dengan abangnya,utk elakkan dia menangis malam,lepas tu baru tidur 1 katil seorang.Memang ambil masa sedikit,kita kena byk bersabar la……

  2. budak2 ni.. kalau susah nak tido memang payohlah.. sebab kita pon kena berjaga malam sekali..

    ada terdengar dekat radio.. kata kalau tak nak bagi baby berjaga malam atau tido lewat.. pastikan si ibu time mengandung jagan tido lewat..

    betul ke kak yan?
    myvitrd recently posted..Aku masih bernafasMy Profile

    1. Salam, xpe bnda nie amik masa, syukur sya praktik ke anak sekali je terus blh. Pasal bnda tu kita xtau coz xsemua ibu bapa peka terhadap bnda tersebut dan amik sambil lewa, ada kawan pernah cerita kwn dia pnah kantoi dgn anak, siap si anak tnya ayah dia buat apa kt ibu dia, unt cover perkara tersebut si bapa ckp yg ibu dia tgh dmam, so tu pasal ayah dia buat mcm tu coz nk bg ubat.

      Sampailah satu masa time kt ramai2 org anak dia bercerita, kalau ibu dia demam bapa dia bg ubat mcm tu je, sambil lakonkan aksi tersebut. Ibu ngan bapa dia muka merah berpandangan. So x ke naya.

      Bayangkan klu bdk tu buat kt kwn2 dia yg tgh demam? Sbb tu tingkahlaku dgn anak2 kena jaga, saya bknlah pakar dlm hal nie. Sekadar berkongsi.

      Yang baik kita ikut, yang buruk kita jauhkan… πŸ˜† πŸ˜†
      yanmie recently posted..Cara ajar anak tidur asing dari ibubapaMy Profile

    1. hahaha nie maknye plak yg lebih πŸ˜†
      yan pun sama gak, klu malam tu sesekali intai diorang dlm bilik, insyaallah xde pape, cuma pastikan xde benda bahaya di setikar diorang πŸ˜›

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge