Salam semua, hari nie bagaikan sebuah mimpi indah ehehe, mana taknya keputusan Contest Acer Aspire One untuk Top Link dah pun di umumkan, dan alhamdulillah Yan menang hadiah utama tersebut iaitu  Netbook Acer Aspire One. Terima kasih kepada Bro Denaihati dan jugak kepada semua penaja iaitu Alansarproperties.com, xztly.comAnishaOnlineMalleQurban.com, iks1Malaysia, smartgold.biz dan Kulanzsalleh.com di atas kesudian menyumbangkan  hadiah kepada semua pemenang Contest tersebut.

acer aspire one

Rezeki kot orang kata kan, sebab pada mula-mulanya masuk contest tersebut cumalah untuk suka-suka dan nak meriahkan lagi contest tersebut, di samping memang inginkan backlink dari blog denaihati yang mempunyai PR tinggi iaitu PR4, bukan senang tau orang berPR tinggi macam nie nak bagi kita backlink kalau takde tujuan. So makanya kalau ada contest kat blog denaihati nie korang mesti join tau, dapat backlink free…ehehe.

Sebenarnya sungguh tak sangka boleh menang hadiah utama sebabnya target cuma boleh duduk antara top 5, bagi Yan itu pun dah bagus sangat dah, tapi bila denaihati mengeluarkan entry beliau berkenaan antara Calon Pemenang Acer Aspire One, tengok Yan berada dalam list ke 2, semangat semakin berkobar-kobar dan terus berfikir, alang-alang tinggal sebulan aje lagi contest tersebut, why not aku tak all out je?? ekeke all out sangatlah kan.

Dan mesti korang nak tahu teknik apa yang Yan gunakan untuk menarik trafik dari blog ini ke blog denaihati? ok meh Yan kongsikan, so next time sama-sama kita amalkan, yang penting bertanding cara sihat.

acer aspire one

Seperti yang korang nampak sebelum ini, banner di atas tak pernah di buang langsung dari blog ini, ianya di letakkan disetiap 1st entry, even kalau orang klik entry lain pun dia still ada kat bawah entry tersebut, kiranya banner tersebut memang stick kat 1st entry, ini Yan gunakan plugin quick adsense.

Disamping itu jugak Yan banyak selitkan link ke Denaihati, apa-apa entry yang Yan tulis ada berkenaan dengan denaihati memang Yan akan linkkan, even kalau takde pun yan akan buat iklan text pada sesetengah entry yang lebih orang baca.

top entry

Macam mana nak tahu entry tu orang banyak baca? senang je, tengok gambar atas!, antara Top Entry di blog ini, yang mana terdapat  Text link Promo ke Blog Denaihati dalam entry2 tersebut, tidak semestinya pada banner sahaja, kerana orang lebih gemar klik text link berbanding banner yang semestinya dah ramai tahu banner tersebut bertujuan iklan…ehehe.

denaihati

lagi satu, pada bulan terakhir iaitu bulan 12 Yan dah mula memasang plugin untuk memantau berapa banyak klik ke blog denaihati coz nak tahu jugak purata klik sehari ke blog denaihati berapa, plugin tersebut pun Yan tau dari Cikmin.com, terima kasih kak kerana memperkenalkan plugin tersebut, dengan plugin tersebut kita boleh tahu berapa jumlah klik ke blog yang kita linkkan kat dalam entry blog ini ataupun iklan dalam blog ini. Kalau tau awal-awal boleh pasang plugin nie dari mula contest lagi..ehehe, nak juga tau dah berapa banyak total link ke denaihati.

Ok itu sahaja kot rasanya rahsia disebalik kejayaan untuk memenangi hadiah Netbook Acer Aspire One tersebut, tidak ada pun main guna-guna, hehehe.

Alhamdulillah seronok sangat sebab bulan lepas dapat HTC Desire Z dari Maxis, kali nie dapat pulak Netbook Acer Aspire One dari Denaihati dan Sponser dari penaja. Terima kasih banyak-banyak, insyallah mudahan di permudahkan semuanya dan Bro Denaihati di murahkan lagi rezeki…amin, terima kasih kerana menganjurkan contest ini dan jugak untuk hadiah ini.

Nota Yanmie : Alhamdulillah rezeki 🙂

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

82 thoughts on “Menang Netbook Acer Aspire One dari Denaihati”
  1. Some people give the responsibility to professional resume writers because they miss the skill to write a satisfactory resume thats the cause why customers need to resume services, but such customers like creator don’t do that. Thanks for the topic. Really good article about this post.

    1. Makasih awak, syukur alhamdulillah, tak sangka sebenarnya boleh dpt, macam tu jugak masa maxis10 hari tu, terkejut bila maxis kata dpt coz apply pun suka2, tak sangka dengan sekali apply terus dpt, semua nie rezeki dari Allah, syukur sangat 😆

    1. makasih ikhwan, pasal contest kt blog master arsyad tu rasa mcm nk bg peluang kt org lain kot, sbb rasa mcm terikat sgt dengan entry, kena ada 24 entry pasal contest tu dlm masa 1 thn, takut tak terfollow je 😆

    1. hahaa tulah rahsia disebalik kejayaan 😆
      tahniah gak buat kakjie even x masuk bertanding tapi banyak juga trafik yang kakjie dah sumbangkan ke denaihati 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge