Salam semua, syukur alhamdulillah minggu nie merupakan minggu ke 5 Aiman bersekolah Tadika di The Little Caliphs, memang banyak perubahan yang Yan nampak, Aiman rajin belajar maksudnya disini, Aiman memang minat dengan pensil dan buku, so bagi aje pensil sama ada pensil biasa, pensil warna atau crayon dan buku pandailah dia nak buat apa. Jom kita cekidaut progress Aiman selama 5 minggu persekolahannya.

buku

Setiap hujung minggu aiman akan dapat buku baru, yang nie saje belikan untuk dia , memang dia manfaatkan sepenuhnya.

warna lukisan

Hasil mewarna dari Aiman, kira cantik dan kemas jugaklah kan untuk budak umur 5 tahun nie…ehhee

tulisan aiman

Buku nie untuk Aiman main tulis-tulis kat rumah, suruh dia follow apa yang ibu dia tulis..ehhee

Oh yea, Aiman jugak ada masuk kelas taekwondo, bukan main seronok lagi dia, semalam merupakan kali ke dua dia masuk kelas tersebut., video atas tu dia baru balik dari kelas taekwondo…ehehe

Teknik membaca yang dipraktikkan oleh Tadika The Little Caliphs, so teknik haruslah sama dengan apa yang cikgu Aiman ajar kat tadika, takut Aiman jadi keliru pulak coz kat tadika cikgu ajar lain kat rumah ibu ajar lain..ehehe, so reading technique tu mestilah sama. pihak tadika memang tak galakkan untuk menyebut abjad tu satu-satu, kena buat macam aiman buat kat atas tu, memang betul! aiman dan boleh sambung suku kata, dah boleh membaca perkataan yang mudah.

Sebenarnya ada banyak lagi yang nak di kongsikan, tapi lupa pulak nak snap gambar kat buku tadika Aiman, sebabnya pihak tadika memang tak bagi budak-budak dia bawa buku tu balik rumah, buku2 ada banyak tapi cuma gunakan kat tadika aje, bila ada homework baru buku tersebut Aiman bawa balik.

Oh yea, video progress Aiman pun ada banyak tapi hampesss tak boleh nak convert, quality gambar jadi pecah-pecah, sebelum nie buat ok je, tak taulah apa masalahnya, hampir 2 hari gak nak mengconvert tapi tak boleh…ehehe *ke aku yang tak pandai nie*

Nota Yanmie : Alhamdulillah seronok tengok Aiman dah banyak perubahan 🙂