Tengah berjimat cermat untuk blog

Salam semua, hari nie mood nak update blog down sangat sebabnya nak berjimat-jimat dengan bandwidth, tak taulah sempat ke tak sampai hujung bulan nie, kalau tak memang terkandas ler, hari nie baru 8hb tapi dah guna sebanyak 28GB+, cubalah korang bayangkan keadaan Yan sekarang nie macam mana, hehehe.

direct admin

Now Blog tengah diet, gambar-gambar pun di hostkan di Free CDN, kalau korang tengah buka blog kadang gambar keluar kadang tak tu perkara biasalah ye, layankan je, harap-harap boleh cover sampai hujung bulan nie, kalau tak good bye…lalalalalala

nuff

Minggu nie punya stats, kalau dulu hepi trafik tinggi, now taknak, biarlah bersederhana, entry SEO pun dah di kurangkan dalam blog ini. Awal bulan nie jugak pihak fivio.com dah sponser 10GB tapi nampaknya masih tidak mampu untuk menanggung Bandwidth blog ini, nampaknya lepas nie jugak kena host gambar kat luar…uhuk 🙁

Nota Yanmie : Sabtu nie balik kampung 🙂

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

67 thoughts on “Tengah berjimat cermat untuk blog”

  1. Kak Jie punya, disk space usage yang dah nak penuh..maklum segala mak nenek dari tahun 2007
    skrg ni 2286.15 / 3000 MB – dah warning oren!

    kalau bandwidth tak ada masalah – tak guna cdn pun masih ok sebab dapat free 3 kali dari serverfreak

    sekarang ni 4202.01 / 80000 MB

    1. wah kena tambah tu kak, yan sbb gmbr masa pindah blogspot hari tu xhostkan kt sini, klu hostkan memang ada gak ler masalah gitu.

      nie blog nie mmg selalu sgt ada masalah bandwidth, harap lps nie blh menten coz entry yg xde jiwa tu dh dikurangkan 😆

      bestnyaaa tu 3 kali free *jeles* 😆 😆

  2. apa boleh buat la kak. terpaksalah kena berjimat cermatkan . huhuhuhu Nanti tak dapat buka blog. =)

    Selamat balik kampung kak . Dan semoga selamat smpai kat destinasi dengan selamat ~

  3. actually hari tu ade baca kat blog kujie.. kalo gambor2 di blog yg self-hosted, jgn bagi org copy.. nanti akan berlaku ‘kecurian bandwidth’ tanpa disedari.. jd utk banner contest yanmie tu, kakyong save ke blogger.. jd tak curi bandwidth yanmie.. 😉

  4. tu yang zida rasa nak tukar balik pada blogspot haritu, sebab kalau penuh je kena beli baru. macam leceh la pulak. tapi bila kak yan cakap, zida still boleh naek, haha zida ikut je la cakap blogger otai ni. ngeh3

    1. eh apasal lak nk tukar ke wp? biasalah tu, anggap je klu ada masalah mcm nie tu tandanya kita semakin maju coz semakin ramai yang masuk blog kita 😆

      kalau nk berjaya kena berkorban sikit, betul tak?

  5. haha, guna blogspot xperlu risau apa2 pun 😛

    rmai ckp blogspot ni x mesra seo, tapi kalau pandai tweak template memang meletup trafik 😛 haha

    wah, trafik kak yan memang mantap 🙂

  6. Apa akan jadi kalau bandwith penuh? Selain blog kena suspend apa kesan lain yang bakal diterima?

    Ada cuba mengunakan Google Picasa kerana ia boleh disable link dari gambar disedut dan set untuk view di blog sahaja

    1. klu bandwidt tu limit exceed dia suspen je, blog tu xleh buka sampai bulan bertukar blk untuk jadikan amount tu kosong

      tapi sakit arr buatnya tgh bulan xleh buka seksa nk tunggu sampai abis bulan, so kenalah upgrade pakej atau tmbh bandwidth 😆

    1. sebenarnya akak kurang gemar host gmbr kt luar, sbb jadinya gmbr tu bkn milik kita, blog pun jd lmbt load..entahlah, skrg nie asal blh buka sudah ler 😆

Leave a Reply

Your email address will not be published.