Salam, Terbaru di slot Samarinda iaitu Drama bersiri 25 episode terbitan Enuja Production iaitu Drama Sahara yang bakal disiarkan 30 Mac ini, macam biasa yea waktu tayangannya, *takkan korang tak tau lagi…heee*

sahara tv3

Nanu sebagai Sahara

Skrip Drama ini hasil nukilan dari Novelis Popular iaitu Sharifah Abu Salem dan diarahkan oleh Jamal Khan, kalau drama hasil skrip dariΒ Sharifah Abu Salem memang semestinya ngetop!!

Drama Sahara ini berkisarkan perebutan harta dan cinta di golongan keluarga korporat.

Kali ini, Sahara yang mengisahkan kisah cinta dua wanita yang mempunyai talian persaudaraan, Sahara dan Tina akan memberikan satu kejutan kepada para penonton pada penghujung ceritanya.

Gandingan pertama antara pelakon berpengalaman seperti Nanu Baharudin dengan Tasha Shilla pasti memberi satu kelainan bagi penonton setia slot Samarinda.

Tasha Shila.
Nanu Baharudin banyak bermain emosi dengan watak Sahara yang bersedia untuk berkorban apa sahaja demi kebahagiaan adiknya, Tina (Tasha Shilla).

Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.

Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.

Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.

Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.

Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina.

Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.

Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.

Nota Yanmie : Sama-sama kita nantikan episode 1 Sahara di Slot Samarinda TV3