Salam semua, selamat hari jumaat, bersyukur kita masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah yang tercinta ini. Sekadar perkongsihan bersama untuk mereka yang ingin menambahkan pendapatan sampingan secara online.

buat duit online

Sebenarnya ada banyak cara nak cari duit sampingan online nie, tapi yang penting biarlah ianya datang dari sumber yang halal dan benar dan bukannya dari sumber yang kita tidak tahu atau bercanggah dengan ajaran kita.

Begitu banyak program make money online, Buat Duit dengan Sponsored Tweets, dan dah ada yang Dapat Duit dari Twitter tau, so jangan Gagal Merancang Untuk Berjaya.

Ramai yang nak Buat Duit Blogging Paling Cepat, tapi semua ini kenalah diiringi dengan usaha, tanpa usaha memang tak dapat apa, jangan hanya berharap.

Wah macam panjang plak dah ditaip, okeh2!! kang melarat, heee..nie pasal Plan 100 hari blogging Yan, projek yang membizikan Yan sekarang, bukan bizi bisnes ke, tebar roti ke, tapi bizi buat duit online, hahaha korang nak kata apa? ada aku kesah? ada aku kaco korang? nggeee~~ just gunakan kebolehan yang ada *boleh lah sangatkan, hahaha*

Okeh2 terus terang jelah ye, now Yan tengah berjinak-jinak dengan Google Adsense dan Infolinks, kedua-dua akaun tersebut Yan dah miliki sejak tahun 2009 cuma nya kurang pendedahan, so memang akaun kedua-dua tersebut memang terabai, ntah macam mana dapat dorongan dari seorang kawan, so semangat pun mebuak-buak setelah melihat kesungguhan dan kejayaan beliau dalam Google Adsense. Infolinks nie Yan buat sendiri-sendiri je, takde siapa yang explain apa-apa, sebab senang sangat just letak coding je, kalau mengena keywords memang ads keluar, so far Yan letakkan di blog ini memang banyak ads dari infolinks yang keluar..nnngggee~~

Yang pasti Yan bukan ada 1 blog aje, Yan ada blog lain selain blog ini, okeh fullstop!! ehehe.

adsense

takyah tunjuk lah kot income nie kan…nngggee~~

Stats untuk seminggu Google Adsense, nak capture untuk sebulan tapi tak muat, hehehe.

infolinks

Stats Infolinks untuk bulan ini setakat 23hb march 2011.

Oh yea nak daftar google adsense dan infolink boleh masuk SINI dan SINI, sebelum tu korang kenalah ada blog berbahasa Inggeris untuk mendaftar kedua-dua akaun tersebut, setelah mendapat kelulusan dari keduanya, bolehlah letakkan iklan di mana-mana blog korang, buat blog niche lagi ok sangat, lepastu target trafik luar, kat google webmaster tool setkan trafik dari US, macam gambar kat bawah nie:-

flag counter

Trafik blog tersebut tak lebat tapi syukur banyak klik dari blog tersebut.

Flag counter dari salah satu blog Yan yang baru di pasang widget Flag Counter selama 2 minggu, tengok trafik dari US banyak jugakkan, baru aje okeh letak flag tu! itupun setelah melihat blog google adsense si Azizan, hehehe.

Alhamdulillah seronok sangat tengok jumlah yang dah disensorkan diatas tu, rezeki berblogging, jangan tak tau dengan blogging pun boleh dapat benda lain selain duit online, buktinya Yan dah dapat Acer Aspire One dan Smartphone HTC Desire Z, now misi nak dapatkan Apple iPad 2, ku memang mengidam Apple iPad 2 nie, macam-macam usaha jugak di buat untuk dapatkan Apple iPad 2 nie, hahaha tapi tulah kan ada rezeki tak kemana. kalau tak menang tu nampaknya kena kumpul duit atau minta en.hubby hadiahkan Apple iPad 2, nngggeee~~

Nota Yanmie : Alhamdulillah rezeki Allah bagi.