Salam semua, terkini semalam tengok berita tv3 yang mana Kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac tahun depan.
Perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
Botol Susu baru beli 2-3 hari lepas, tujuan senang nak bagi ubat
Sebenarnya Anak-anak dah lama tidak menggunakan botol susu, kalau anak-anak nak susu, cuma bancuhkan dalam gelas atau bekas minuman diorang, tapi baru-baru ini 2-3 hari yang lepas Haziq tidak sihat, ubat pun memang susah nak makan, so cari punya cari idea macam mana nak bagi dia minum ubat, terdetik nak belikan botol susu (yang lama ntah simpan mana).
so kalau guna botol susu bolehlah tipu-tipu dia…ehehe buh ubat dalam botol susu tu sekali. Kalau tak memang susah dia nak makan ubat (ubat cecair).
Nampaknya lepas-lepas nie kena sorok botol susu nie, sebah takut pulak kesan dari penggunaan Botol Susu, tapi itulah tidak tahu macam mana cara nak kenal botol susu jenis polikarbonat Bisphenol A. Kena mengoogle lepas nie, kena cari tahu benda yang penting macam nie.
Klik untuk dapatkan FREE Apple iPad 2!!!!
Updated
PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Sila pastikan Botol Susu tidak megandungi label 7 atau seperti dibawah :-
a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.2
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal denganmenukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
Sumber : http://fsq.moh.gov.my
PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
“Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
“Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam. – kosmo.com.my
Nota Yanmie : Susu ibu adalah susu yang terbaik!! nnnggeee~~~
sambil² tgl jejakkat sini jg! 😛
salam semua,
kalau kita pakai botol susu yg BPA free boleh pakai lama tak? ataupun kena ganti 6 bln sekali jg?
kena berhati-hati dalam memilih produk botol susu ni
Beli botol susu yang mahal sikit pun takpe… untuk anak2 kita jugak… 😀
ye betul tu…
apa la risau gak mcm ni nak bg anak minum susu dlm botol susu…..jd was2 plak : 😡
yanmie: dlm daun pisang tu selitkan daun pandan tambah wangi tu hehehe 😆
Mmg betul susu ibu bagus….tp x kan lah anak saya dah berumur 3 tahun nak mnyusu ibu lagi. Lagi pun skg dia dah ada adik yg berumur 2 bulan. Tp sblm ape2 berlaku lbih baik gunakan botol susu yg FREE BPA…
ye betul tu, mencegah lebih baik dari merawat, seeloknya biar cari yg free BPA
Blog Post : Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A http://bit.ly/gzOWTV
Alhamdulillah anak-anak saya tidak ada masalah memakan ubat. Kalau tidak memang susah juga
Syukurlah, saya nie anak yg kecik tu je mmg xnk langsung mkn ubat, dia cuma nk mkn vitamin je 😯
Ubat vitamin manis rasa macam gula-gula sebab itu anak-anak suka 🙂
ye betul tu, ada jugak panadol perisa ceri yg kanak2 pnya, dia mkn jugak coz ckp tu bukan ubat tp vitamin…ehehe 😆
namun lebih baik lagi kalau anak tidak dibiasakan mengkonsumsi Obat sintetis.
karena pada dasarnya obat sintetis itu adalah racun.
obat sintesis tu macam mana ya? obat dari dokter ke ape? kurang faham 😛
boleh share di
http://ritsfiy-mamacollections.blogspot.com/2011/03/botol-susu-polycarbonate-diharamkan.html
Thanks 4 sharing 😀
tak sihat nakkan adik tu…. ekekeke
Alhamdulillah dah sihat… 😆
ohhhh… kak yan bg ubat dlm botol
idea yg bagus.. 😀
ha’ah tu je cara yg blh terfikir time tu coz anak terutamanya yg kecik nie mmg xmo mkn ubat langsung
macam mana nak tahu botol tu jenis Polikarbonat ke bukan kak yan?
Dibawah botol ada label logo PC 7 biasanya botol PC berwarna jernih. Kalau yang BPA free warna kekuningan dan mempunyai lable BPA free
oooo..Ehehmmm..Baby akan datang..hehehhe..Macam da nak + jer tu…hiii..Jangan Marah aaaa..( Nada Pramleee.)
insyaallah tp blm ada plan
susu ibu pilihan terbaik. 😛
yes betul!
Setuju kerana susu ibu mempunyai antibodi yang tinggi. Tahu tak susu ibu boleh dititis kepada mata yang mempunyai masalah sakit mata
Tambahan lagi kalau semasa menyusu puting susuan payu dara terluka boleh diubati dengan menyampu susu ibu kepada puting yang terluka tersebut
yes betul tu, eh tapi yang boleh titis ke mata tu xtau pulak…ehehe 😆
kalau paknya sakit mata blh titiskan tak? 😆
Haa..ha..kalau sayang hubby apa salahnya 🙂
Kalau nak tahu maklumat lanjut boleh rujuk:
makasih share, insyaallah akan diterjah ke sana. lepas nie klu sakit mata blh cuba petua nie, tp susu ibu xde plak lah nie 😆
susu kambing kedua terbaik . haha
susu kambing xelok g kt baby coz panas 😆
ye ke ? ntah la . tapi nabi muhammad minum kecik-kecik elok je .
Nabi SAW ada ibu susuan
itu 2 tahun je. selepas itu nabi minum susu kambing . 😀
Guan botol susu barangan tuppawer jer la akak..heheheeh..rosak boleh tukar jer hehehhe..
Soalnya bukan rosak boleh tukar, hehehe nie pasal kita takut nk bg botol susu dh kt anak coz risiko yang dinyatakan diatas, tapi klu diyakini tidak mengandungi bhn tersebut blhlah beli untuk baby akan datang, HAHAHAHA
Ahaha.. mungkin sebab tu la susu Baby Gaga diwujudkan.. untuk menggalakkan susu ibu digunakan. jadi sebagai permulaan diorang kasi orang dewasa rasa dlu..melalui aiskrim.. 😛
aik apasal akak tak tau ada susu baby Gaga tu 😆
Itu pasal saya kasi link blog sy nih..nk kasi tengok.aahaa
Lady Gaga telah menyaman Baby Gaga kerana mengunakan perkataan Gaga
oh yeker, hiks ketinggalan betul saya nie, baru tau pasal susu gaga dan kes sama lady gaga 😆
Botol air pon byk yg PC dan and x der grade terjual. susah hendak cari gred7. sebabnya diorg x nk jual coz x laku. orang cari murah tapi x tgk gred. apela manusia
ye betul tu, hubby akak pun cakap camtu semalam, sebenarnya bekas polistrin pun ada risikonnya, ada terbaca kat blog mana ntah. macam tu jugak dengan melamine yang dulunya kecoh, now dh senyap balik
Sekarang sudah ada bekas makananan yang boleh mengantikan polistrin telah dijual. Terpulang kepada kita untuk membuat pilihan
ye betul tu, tapi rata2 kat luar tu banyak yang guna polistrin 🙄
Lepas ini kita minta nasi bungkus daun pisang 🙂
itu lagi selamat, bau pun sedap 😆
RT @yanmie Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A http://bit.ly/dP3Swx …
Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A http://bit.ly/fw1CtJ (via @yanmie)
RT @yanmie: Blog Updated : Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A http://bit.ly/iftraA
RT @yanmie: Blog Updated : Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A http://bit.ly/iftraA
Blog Updated : Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A http://bit.ly/iftraA