Salam semua, baru-baru ini kami berkesempatan dinner di Cawangan Restoran Tupai-Tupai Shah Alam Seksyen 13 Shah Alam, tekak teringin nak makan kat situ, senang sikitlahkan takdelah nak redah jem kat KL nu, kat shah alam pun dah ada tupai-tupai nie. jom layan gambar okeh!

tupai2

Restoran Tupai-tupai nie dekat dengan Sri Acapella Apartment, berdepan dengan Old Town White Coffee kalau tak silap ar, tak pun kalau nak senang guna je GPS, hehehe. Macam kami malam tu main terjah je, pusing-pusing je kat area tu, hampir giveup jugak, lepas tu on GPS, time nak on GPS tu terpandang Restoran Tupai-tupai kat atas tu..heee…selamat! kalau tak memang cari restoran lain lah jawabnye.

tupai-tupai

Bekas habuk rokok, aiman kata tu bukan tupai tapi tikus…ehehe

tupai-tupai

Belum makan lagi air dah separuh…

menu restoran tupai tupai

Antara menu yang di order iaitu Ikan siakap Stim Sos Soya, sayur campur goreng, sup sayur, telur dadar dan air Dragon fruit dan milo ais 3.

menu restoran tupai tupai

Sebelum

menu restoran tupai tupai

Selepas

Tengok gambar atas tak jauh beza kan?? ehehe selalu kami makan licin je, taknak review lebih-lebih kang kena sama 1 juta pulak. But oklah sedap jugak.

bil restoran tupai tupai

Bil untuk menu diatas dan jugak air.

Nota Yanmie : Kat mana lagi ada restaurant yang sedap-sedap ye area Shah Alam/Klang??