Salam semua, yes betul dapat surat cinta dari pakcik google hehehe, pantas jugaklah pakcik google nie hantar surat ye, hari tu google bagitau diorang generate surat cinta tu 3hb April, so hari nie dah sampai, bermakna cuma mengambil masa 12 hari sahaja berbanding member-member yang lain menunggu sehingga 2-3 minggu, hehee. Makasih pakcik Google, sayang u banyak-banyak..heee~~

google adsense

Okeh surat cinta yang dimaksudkan adalah seperti tajuk entry nie, No Pin dari Google Adsense, No pin ini akan dihantar sekiranya earning dah mencecah 10USD, tapi ini kali ke 2 Yan request no Pin sebab sebelum nie Yan pindah rumah so No.Pin tu sampai kat alamat dulu (tahun 2009), dah aktif balik google adsense nie (sebab lupa password sebelum nie). Yan request semula No.Pin Google Adsense.

google adsense

Dan nampaknya lepas nie tunggu ajelah payment issue sebab earning sekarang nie dah pun mencecah ratus USD kehkehkeh, minimum cashout adalah sebanyak 100USD dan maximum cashout 2,700USD.

Member (budak-budak adsense) kata guna Western Union Quick Cash lagi senang dan cepat, cuma beritahu detail adsense kat bank/pejabat pos, lepas tu dah boleh bawa duit cash balik rumah…ehehee, now okeh No.Pin Adsense dah dimasukkan, tinggal lagi nak letak Payee name kat Western Union Quick Cash tak buat sebabnya confius sangat-sangat tang nama “BINTI” tu nak letak kat first name ke last name.

Nota Yanmie : Siapa tahu “BINTI” tu nak letak kat mana? first name ke last name ye??