Salam semua, pagi nie buka twitter dan tengok mention dari Sifu Kulanzsalleh, alahai kesian kat dia tau, difahamkan blog beliau tidak dapat diakses dari semalam sehinggalah pagi ini (8.14am), ada individu yang telah meng-inject vulnerable script kedalam blog beliau.
Sabar Lan,Β Ujian adalah sebahagian daripada hidup kita.
Dan kemungkinan juga ada unsur-unsur dengki, orang takkan buat benda-benda macam nie kalau tak dengki, oh janganlah pulak blog ini dijadikan sasaran, harap maklum yea, blog ini tidak ada apa yang istimewanya, so tak perlu nak mendengki. kita buat hal sendiri sudah ye..okies?
Hanya satu nak pesan, pesan untuk diri sendiri jugak nie, tolonglah korang tu yang masuk contest, please jujur dan jangan gunakan tektik sebegini, orang lain berjaya atas usaha sendiri, so korang pun boleh berjaya sekiranya ada usaha.
Contest iPad2 masih lagi dibuka, klik untuk maklumat lanjut!
Dah tak nak bebel panjang-panjang, harap-harap blog ini terus selamat dari orang sebegini, dah rasa dah dulu macam mana Email dan Blog kena hack, takleh duduk diam wooo. Apa pun biar bertanding cara sihat dan insyaallah pulangannya berbaloi dan yang penting BERKAT.
Nota Yanmie : Nak berjaya kena ada usaha yang betul dan jujur!
X pernah kena lagi kes injet menginjet,takut jugakla pasal tak tahu ap pon bab ne,minta simpang kaki hack ne dari blog aku
Ada ilmu hack pun tak guna kalu target blogger macam kite,msti kaki hack ne orang islam jgak
bahayela jd top blogger nie. ade jer org dengki. kensella nk jg top blogger klu mcm nie. biase2 jerla..heheheh
Semalam ada juga terbaca dekat Twitter. Harap blog Yanmie tidak boleh akses semalam bukan sebab kena hack ya
senangnya diorang ni nk inject.. nasib baik pakai blogspot.. under google. Susahlah hacker diluar sana tu.. kekeke
sapalah buat niaya dekat rakan blogger kita tu..tak patut betul..
melampau la buat mcm ni..nak menang pun biar cara baik kan kak yan…apa la diorg yg tak berhati perut ni
ishhhhh~apalah nak jadi~
ummm…sampai camtu sekali…kenapa perlu mendengki ya?umm,manusia,manusia…
Payah betul kalau dah popular ni, ada je orang dengki.. Manusia.. manusia..
tak elok lah macam ni. dengki dengan orang lain. cemburu pun kena lah secara positif, kita cemburu tengok kejayaan orang tu, kita berusaha untuk jadi lebih baik macam orang tu. bukan kita jatuhkan orang tu. ish3
ishhh..macam2 hal.. π
jahatnya lah siapa yg buat tuh. huhu.. kesian orang yg penat berusaha tuh. huhu.. kesabaran kot yg Allah nk uji dia. π
π ade je org yg nak dengki mendegki ni..
Jangan dengki atas usaha orang lain http://bit.ly/fovojF (via @yanmie)
baca juga cerita ni kat twitte
seriau juga pasal inject menginject ni…bukan ‘mat gian’ saja main inject2..kat dunia maya pun ada
tulah risau jugak nie sbb kurang ilmu bab2 nie, mintalah dijaukan π
aiyarkkk sape punya keje la ni,ape la motif agaknya
Terkini : Gunting Dalam Perut Selama 3 Tahun
awas sila berhati2 π
baik kak yan π
Terkini : Gunting Dalam Perut Selama 3 Tahun
adakah semua tu kerana iPad? mcm2 kalau dah terlalu bijak, mcm akak ni kalau org nak dengki jugak tak tau nak kata apa…
boleh jadi jugak, blog beliau trafik memang dan rata2 trafik dari blog beliau memang trafik yang berkualiti, buktinya bounce rate dari blog beliau sangat rendah π
Hmmm..memacam la plak skg nih..gua x tau pe2 ngan script…kalau kene mcm tu…pengsan lorrr….
yelah saya pun sama jugak, bknnya tau sangat psl benda2 nie, apa yang pnting kena buat backup sekurang2nya seminggu sekali pun dh ok kot drpd xde backup kan, tp biasanya pihak hosting mmg ada backup π