Salam semua, hari nie Aiman balik dari sekolah tadika bawa 2 bungkusan biskut, iaitu Cips More dan Crakers, pelik jugak mana dia dapat, biasanya kalau Teacher dia bagi mesti datang dalam betuk goodies.

So tanya dia, mana dia dapat Biskut tersebut, dan jawapannya nak tahu apa?? sebab kawan dia bagi hadiah kat dia. dengan lebih detail Yan soal siasat jugak kenapa kawan bagi kat dia kan, semalam bagi gula-gula, hari nie bagi biskut pulak.

Aiman : Ibu, Abang dapat hadiah lagi

Ibu : Hadiah? siapa bagi?

Aiman : Kawan abang yang semalam tu nama &*^*%$

Ibu : Apa pasal kawan bagi hadiah pulak

Aiman : Abang bagi “Eraser” abang kat dia, dia bagilah abang hadiah

Ibu : Tak elok macam tu, lain kali bagi pinjam aje jangan bagi terus

Eraser 0.20sen TUKAR dengan Biskut RM2.00 (anggaran)

Tapikan sian pulak kat budak tu kan, bawa segala makanan tapi bagi kat Aiman, dah pesan kat Aiman, jangan amik makanan tu, sian kat kawan, kalau boleh makan sama-sama takpe, sebab Aiman pun kadang bawa jugak makanan ke sekolah.

Aiman nak oiii kalau macam nie penatlah ibu nak beli selalu stationery kamu nak, tetiap minggu ibu beli pensil, warna, eraser, ruler..bla…bla….

Nota Yanmie : Inikah sistem barter di kalangan budak-budak? heheee…