Salam semua, hari nie Aiman balik dari sekolah tadika bawa 2 bungkusan biskut, iaitu Cips More dan Crakers, pelik jugak mana dia dapat, biasanya kalau Teacher dia bagi mesti datang dalam betuk goodies.

So tanya dia, mana dia dapat Biskut tersebut, dan jawapannya nak tahu apa?? sebab kawan dia bagi hadiah kat dia. dengan lebih detail Yan soal siasat jugak kenapa kawan bagi kat dia kan, semalam bagi gula-gula, hari nie bagi biskut pulak.

Aiman : Ibu, Abang dapat hadiah lagi

Ibu : Hadiah? siapa bagi?

Aiman : Kawan abang yang semalam tu nama &*^*%$

Ibu : Apa pasal kawan bagi hadiah pulak

Aiman : Abang bagi “Eraser” abang kat dia, dia bagilah abang hadiah

Ibu : Tak elok macam tu, lain kali bagi pinjam aje jangan bagi terus

Eraser 0.20sen TUKAR dengan Biskut RM2.00 (anggaran)

Tapikan sian pulak kat budak tu kan, bawa segala makanan tapi bagi kat Aiman, dah pesan kat Aiman, jangan amik makanan tu, sian kat kawan, kalau boleh makan sama-sama takpe, sebab Aiman pun kadang bawa jugak makanan ke sekolah.

Aiman nak oiii kalau macam nie penatlah ibu nak beli selalu stationery kamu nak, tetiap minggu ibu beli pensil, warna, eraser, ruler..bla…bla….

Nota Yanmie : Inikah sistem barter di kalangan budak-budak? heheee…

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

16 thoughts on “Sistem Barter dikalangan kanak-kanak”
  1. 🙂 🙂 anak2 mmg mcm tu, syahmie tu baru 4 bln sekolah dah 10 pemadam, kaler pensil 2 kotak.. pensil lebih 10 batang dah 🙄 sumenye bile tanye ckp kwn amek, murah hati sgt anak ni.. tak de pulak die nak buat sistem barter mcm aiman kan :mrgreen:
    fara recently posted..RM2854 Earned For ChurpChurp!My Profile

  2. budak2 pun dah pandai business ni…nnti besar leh la jadi businesman..tapi yg xbest modalnya mak die yg kasi..haha

    dari
    faisal recently posted..dR or DRMy Profile

  3. hahahaha…aiman..aiman… 😛 kasi can lah kawan aiman tu gelemer dalam blog ibu aiman jap..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge