Salam, seronok sangat semalam dapat meluangkan masa untuk menonton Filem Nur Kasih The Movie di TGV Bukit Tinggi Klang bersama 2 orang hero kecil, en.hubby kerja, takpe Nur Kasih punya pasal ku sanggup…hehehe nie lah namanya Fenomena Nur Kasih. Mana tidaknya follow dari Drama Nur Kasih lagi. So rugi kalau tak tengok kesinambungan Nur Kasih nie di Nur Kasih The Movie.

tiket nur kasih the movie

Serius Filem Nur Kasih The Movie adalah filem melayu paling BEST dari filem-filem melayu yang lain, Filem ini mengisahkan sepenenuhnya tentang kisah cinta Adam kepada Nur.

nur kasih the movie

Filem yang berjaya membuat penonton hiba dan meruntun jiwa dan beremosi, serius Yan sendiri mengalirkan air mata tanpa dipaksa, penonton sebelah Yan pun turut sama merasakannya, begitu hebatnya lakonan Nur Aminah (Tiz Zaqyah) dan Adam (Remy Ishak).

nur kasih

Nur Kasih The Movie juga dipenuhi dengan kepayahan ranjau hidup yang dihadapi oleh Nur, Adam dan keluarganya, yang mana juga abang kepada Adam iaitu Aidil (Fizz Fairuz) turut merasa kebahagian yang tanpa penghujung bila beliau kematian isterinya Alyah (Ayu Raudah) disaat dia memerlukan kasih sayang seorang isteri dan kasih sayang seorang ibu buat anaknya.

nur kasih the movie d jordan

Dari segi Sinematografi memang 5 Star!! terbaik sangat, begitu juga dari segi CGI nya, memang berkesan seolah-olah real seperti ketika penggambaran di Jordan berlaku kejadian tembak menembak dan Nur turut ditembak (dalam mimpi adam yea) hehe, betul-betul nampak real, tahniah buat Khabir Bahtia dan team Nur Kasih The Movie

Dari segi Muzik Nur Kasih The Movie memang terbaik, tahniah buat pengarah Muzik Nur Kasih The Movie iaitu Hafiz Hamidun yang mana berjaya menyatukan situasi dan muzik. Tahniah!

Oh yea tak bolehlah nak cerita lebih-lebih nanti korang taknak ke panggung pulak, better pergi tengok di panggung, sebab kalau tak tengok filem nie korang betul-betul rugi, terutamanya fans Nur Kasih.

Nur Kasih The Movie

Ingat hanya di pawagam yea, so jangan berangan nak tengok di astro first sebab tagline promo Nur Kasih The Movie ini “HANYA DIPAWAGAN” siap capslock lagi tu, tak caya tengok je promo kat TV3…kikikiki.

So tunggu apa lagi, pi ler serbu panggung wayang, ingat bawa tisu sekali, Yan tak bawa tisu, lap air mata kat tudung, tupun jenuh nak cover supaya orang tak tau tengah nangis…HAHAHAHA.

Nota Yanmie : Tak puas tengok!!! Terbaik!!!