Tahniah Aiman!

Salam, baru-baru ini Aiman ada Mid Year Exam dan result dah dapat beberapa hari yang lepas semasa parents meet, alhamdulillah seronok tengok prestasi Aiman, cikgu Aiman pun memberikan komen yang positif tentang Aiman, Syukur, mudahan aiman terus berjaya dalam pelajaran dan hidupnya, Amin…

result aiman

Report Kad yang canggih, macam pamphlet je…ehehee

Untukย Mid Year Exam ini, Aiman mendapat tempat ke 2 dalam kelas, alhamdulillah, senyum lebar ibu dan ayahnya amik result, hehehe. Makasih sayang coz dah buat Ibu dan Ayah senyum lebar…teruskan usaha untuk maju kehadapan.

exam aiman

Subjek Matematik 100/100

exam aiman

Subjek English 100/100

exam aiman

Subjek Bahasa Melayu

exam aiman

Subjek Pendidikan Islam 96/100

Alhamdulillah satu perkembangan yang sangat memberangsakan buat Aiman, 5 Tahun. Aiman jugak dah pandai membaca sikit-sikit, cikgu Aiman kata, insyaallah sikit hari lagi Aiman dah boleh baca surat khabar…ehehe.

Nota Yanmie : Alhamdulillah.

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

15 thoughts on “Tahniah Aiman!”

  1. Wah 100% semua subjeknya. Cabaran sebenar ketika di tahun 1 nanti. Saya dapati anak kecil akan ada masalah kalau gagal menguasai kemahiran membaca ketika tahun 1. Kalau pada umur 5 sudah lancar membaca Insyallah boleh survive apabla masuk tahun 1 nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published.