Drama Tahajjud Cinta – Slot Zehra TV3

Salam, drama terbaru yang akan menggantikan Keranamu Laila yang akan berakhir 1.7.2011 ini adalah Drama Tahajjud Cinta di Slot Zehra TV3, drama hasil arahan dari Erma Fatimah yang juga merupakan pelakon Tahajjud Cinta. Kalau tengok pada tajuk drama ini, pastinya drama ini best, sebut sahaja barisan pelakonnya pasti mutu yang terhasil memuaskan hati.

tahajjud cinta

Drama Tahajjud Cinta ini turut membariskan 19 orang pelakonpopular seperti Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa, Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor, Melissa Saila dan ramai lagi.

Continue reading “Drama Tahajjud Cinta – Slot Zehra TV3”

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1432H/2011M – Bulan Puasa 2011

Salam, lebih kurang tinggal sebulan saja lagikan kita akan berpuasa, tak sabar rasanya nak menyambut bulan ramadhan ini, bulan yang penuh dengan keberkatan, dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan senarai rasmi tarikh mencerap anak bulan bagi tahun 2011, meh tengok bilakan Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan – Bulan Puasa 2011.

melihat anak bulan

– Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011

– Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011

Sumber : Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Continue reading “Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1432H/2011M – Bulan Puasa 2011”

Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger

Salam, kecoh 2-3 hari ini dengan pelbagai isu, yang turut menerima tempiasnya iaitu Wardina atau nama sebenarnya Wardina Saffiyah Fadlullah 32, yang mana dikatakan beliau menyokong PKR, semuanya hanyalah apabila beliau menerima undangan untuk berceramah motivasi yang mana dia sendiri tidak mengetahui bahawa program tersebut adalah anjuran dari PKR.

wardina

Gambar : Kosmo.com.my

Terkini Wardina memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada semua pengendali laman blog yang mengaitkannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan semua gambar dan artikel yang  berkaitan dirinya daripada blog-blog tersebut.

Continue reading “Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger”

Pertanyaan Tentang Simplysiti

Salam, semalam dapat komen dari pembaca blog yang datangnya dari engine carian google yang mengajukan “Pertanyaan Tentang Krim Malam Serum Simplysiti” adakah ianya selamat untuk digunakan untuk wanita hamil? – mungkin yang dimaksudkan adalah “C Bright Radiance Dual Serum / New Age Intensive Dual Serum”

email pertanyaan

Komen dari entry Simplysiti kini di pasaran

So untuk mendapatkan kepastian dan kepuasan hati, terus je tweet soalan tersebut kepada Dato’ Siti Nurhaliza, yelah takut juga bagi jawapan yang salah kan, biar kita menyampaikan perkara yang betul.

Continue reading “Pertanyaan Tentang Simplysiti”

Video Save The Date Dari Tomok Dan Ayu – Berkahwin 1 Julai 2011

Salam, wehooo baru sudah tengok Video Save The Date Dari Tomok Dan Ayu di youtube tadi, memang best, hikssss sangat comel dedua, bagai pinang dibelah dua. Ayu yang juga bakal isteri Tomok kelihatan sangat manis dalam video tersebut. Tak sabar tengok gambar kahwin Tomok dan Ayu nanti, mereka berkahwin 1 julai nie -..-

Mudahan dipermudahkan segala urusan untuk mereka berdua. pasanganan yang comel, senyuman ayu memang boleh buat lelaki cair, ce tengok video Save The Date kat atas tu -..- hehee.

Continue reading “Video Save The Date Dari Tomok Dan Ayu – Berkahwin 1 Julai 2011”

Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011

Salam, fuhh hangat betul sekarang dengan isu Bersih 2.0 nie, sana sini semua duk cakap pasal bersih, mula-mula blur dan tak tahu tentang apa itu bersih 2.0? ingatkan ops bersihkan tangki air (gurau) -..- rupanya pasal operasi Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011, yang dirancang akan diadakan pada 9 julai depan.

bersih

Gambar : Malaysiakini.com

Baru tahu tentang isu bersih nie minggu ini, serius ketinggalan betul, HAHAHAHA. Maklumlah kurang amik tahu pasal politik-politik nie, tau-tau orang nak buat perhimpunan bersih dah -,.-

Continue reading “Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011”

OST Ana Lulu TV3 – Kalau Cinta Alif Aziz Feat Joanna

Salam, eh sedap pulak OST Ana Lu’Lu, drama slot Lestary TV3 lakonan Nora Danish, Kamal Adli dan ramai lagi, lagu temanya yang bertajuk Kalau Cinta nyanyian Alif Aziz Feat Joanna, serius anak-anak memang selalu nyanyi lagu nie, boleh kata hari-hari nyanyi, tak kira masa, kejap-kejap dengar diorang nyanyi, hehehe -..-

.

Haziq dan Aiman hafal 1 baris je dari lagu nie, “Kalau cinta, jangan kacau” hehe tu je diorang tau…HAHAHA, comel tau diorang nyanyi.. -..-

Continue reading “OST Ana Lulu TV3 – Kalau Cinta Alif Aziz Feat Joanna”