Salam semua, syukur alhamdulillah menang Apple iPad2 dari Denaihati, terima kasih pada DH dan sponser eQurban untuk hadiah tersebut,ย sebenarnya tak sangka pun menang hadiah utama ini, sebabnya persaingan memang sengit, dari mula contest ini lagi Yan tidak menaruh harapan yang tinggi, cukup sekadar ingin berada dikalangan top10.

ipad2

Tapi siapa sangka kan, rezeki Allah S.W.T bagi, syukur sangat-sangat, semua ini juga berkat usaha, rezeki tidak datang bergolek kalau kita tak cari.

pemenang contes ipad2

Tahniah juga diucapkan kepada semua rakan-rakan diatas, kita semua adalah pemenang, yeayyy!!!. terima kasih juga buat Rayban Malaysia kerana menaja hadiah untuk kawan-kawan yang lain.

Untuk pengetahuan korang (kot2 ada yang tak tau), sebelum ini juga Yan dah pernah menang Netbook Acer Aspire One dari denaihati, dah macam-macam juga Yan dapat dari blog denaihati, syukur rezeki.

Yan percaya, peluang sentiasa ada diblog beliau, tinggal lagi korang follow je blog beliau, ada sesuatu yang ada di blog beliau tapi tidak ada di blog orang lain, trustme!! selain mendapat ilmu, jangan tak tahu dengan berkomen pun boleh dapat duit tau, setiap bulan ada pemenangnya. rajin-rajinkan diri untuk melepak diblog beliau, kerana ada rezeki menanti sekiranya korang pandai merebutnya.

Buat eQurban, insyallah saya akan review sebab besok nak pergi event equrban di Hotel Equatorial Bangi, harapnya semua urusan equrban dipermudahkan, amin. Nampaknya jumpa lagilah dengan En.Khanafi…ehehe.

Buat Denaihati, syukur sangat-sangat, terima kasih tidak terhingga, akak (walaupun rasanya lagi muda) seronok dapat kenal DH, banyak yang akak dapat dari DH, dari dari blog DH juga rasanya akak dikenali (bajet orang kenal..haha). Mudahan impian untuk menjadikan blog “Hidup untuk memberi” akan berkekalan dan berterusan..amin. Terima kasih untuk segala-galanya yang akak dapat dari denaihati.com

Buat rakan-rakan semua, terima kasih kerana sentiasa menyokong, korang memang best! sayang korang ketat2…ehehe -..-

Later dapat iPad2 tu nanti, Yan review okeh…, Tahniah juga buat Eyriqazz sebab menang iPad2 dari Nuffnang.

Nota Yanmie : Rasa macam artislah pulak, dari semalam duk bagi ucapan…ehehe -..-