Salam semua, syukur alhamdulillah semua program hujung minggu berjalan dengan lancar, sabtu yang lepas Yan menerima undangan dari Denaihati.com dan eQurban.com untuk Majlis Pelancaran Rakan Niaga Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja.

majlis pelancaran rakan niaga equrban

Tarikh : 18 JUN 2011 (Sabtu)

Venue : HOTEL EQUATORIAL BANGI

Dirasmikan Oleh : YM TAN SRI DATO’ SERI TENGKU AHMAD RITHAUDEEN TENGKU ISMAIL (Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia)

En.khanafi equrban

Ucapan dari Pengarah En.Khanafi Urusan Al-Ansar Agro Sdn Bhd, sebelum ini pernah berjumpa dengan beliau semasa mengambil hadiah Netbook Acer Aspire, hadiah dari contest denaihati yang mana di taja oleh beliau (Al-Ansar Agro Sdn Bhd). Alhamdulillah beliau masih kenal dengan Yan, hehehe.

wakil koperasi muslim kemboja

Ucapan dari En.Naser Wakil Koperasi Muslim Kemboja, juga pernah berjumpa dengan beliau semasa mengambil hadiah Acer Aspire One yang kebetulan masa itu beliau berada di Pejabat Al-Ansar, dan alhamdulillah beliau juga masih mengenali Yan dan bertegur dengan beliau.

tan sri dato' seri tengku ahmad rithaudeen tengku ismain

Ucapan Perasmian olehΒ YM TAN SRI DATO’ SERI TENGKU AHMAD RITHAUDEEN TENGKU ISMAIL (Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia), seronok mendengar ucapan dari beliau.

perasmian RAQA

Alhamdulillan, majlis berjalan dengan lancar

sumbangan

Penyampaian Sumbangan Cek Dari Rakan Usahawan

pemenang ipad2

Pemenang iPad2 Contest Denaihati, wakil dari Ariffshah iaitu adiknya.

pemenang ipad2

Aku lah nie…HAHAHAHA Alhamdulillah Menang iPad2 pulak kali ini, terima kasih Denaihati dan eQurban.

pemenang ipad2

Pemenang iPad2, wakil kepada Bang Iwan

Dan antara rakan blogger yang turut hadir pada hari tersebut iaitu, tengok gambar bawah yea…kikikiki -..-

bersama blogger

Bersama KakJie dan Intan, siapa kata kakjie garang?? heee peramah weiiii -..-

bersama blogger

Gambar sumber dari kujie2.com, gambar bersama Eyriqazz dan Joegrimjow (tengok mimik muka Yan ngan Joe, hahhaa -..-)

bersama blogger

Jejai, Joe dan Eyriqazz

bersama blogger

Anarm kali ke 2 jumpa diaΒ dan Jaws Ismail, salam kenal ye awak -..-

bersama blogger

Gambar bersama besan, eyriqazz…kikiki -..-

Terima kasih buat Denaihati danΒ eQurban.com kerana menjemput kami, dan terima kasih untuk hadiah iPad2 tersebut.

Terima kasih jugak buat Kakjie, dah bagi ole-ole, sedap baunyee, bilik tidur kita wangi yang sama, kikiki

Buat rakan-rakan blogger, seronok dapat jumpa dan kenal-kenal dengan korang, salah silap terkasar bahasa semasa perjumpaan harap dimaafkan yea.

*Gambar sumber denaihati.com dan kujie2.com

Nota Yanmie : Rasanya belum terlambat nak ucap selamat hari ayah buat semua yang bergelar ayah.