Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011

yanmie 44

Salam, fuhh hangat betul sekarang dengan isu Bersih 2.0 nie, sana sini semua duk cakap pasal bersih, mula-mula blur dan tak tahu tentang apa itu bersih 2.0? ingatkan ops bersihkan tangki air (gurau) -..- rupanya pasal operasi Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011, yang dirancang akan diadakan pada 9 julai depan.

bersih

Gambar : Malaysiakini.com

Baru tahu tentang isu bersih nie minggu ini, serius ketinggalan betul, HAHAHAHA. Maklumlah kurang amik tahu pasal politik-politik nie, tau-tau orang nak buat perhimpunan bersih dah -,.-

Tetapi bila research dibuat berkenaan Isu Bersih ini, risau jugak kalau betul-betul berlaku Perhimpunan Bersih, mungkin ramai yang tidak setuju dengan pendapat aku ini, tapi cuba kita pandang kehadapan, apa akan berlaku semasa hari tersebut? macam-macam perkara boleh terjadi, mungkin juga ada nyawa yang akan terancam mahupun terkorban kerana yang pastinya akan ada ketegangan yang timbul semasa perhimpunan tersebut.

haishhh korang yang waras tu, plizzzlah jangan join Perhimpunan Bersih 2.0 nie, duduk diam-diam kat rumah sudah, ada cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati, tetapi bukan dengan cara ini, jangan terpengaruh dengan kata-kata orang lain, berfikir dengan minda terbuka. – sekadar pendapat

“Pemimpin patut tahu dan sedar bahawa mereka tidak sepatutnya menghasut orang ramai menyertai perhimpunan seperti ini. Apa jua perhimpunan, kalau diadakan di jalanan, bukanlah suatu yang baik.” Malaysiakini.com

– Jangan basuh baju, nanti bersih *gurau* -.,-

44 thoughts on “Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011

  1. @Joe don baker, Sdra Joe,
    Apa kata Sdra Pakatan yang memerentah di Kedah, P.Pinang, Selangor dan Kelantan ? SPRM tak bersih ke?. Kalau perhimpunan ini hanya nak tunjuk kuat Anwar saje, lebih baik sdra order “viagra” lebih untuk di hadiahkan kepada dia.

  2. Sikap x peduli bukannya masalah aku & rasa selesa dgn cara hidup golongan pertengahan melayu yg myebebkan anda anda semua x brapa perhatin thadap penindasan (hidup & ekonomi) yg di alami skrg. Sikap x peduli thdp rasuah yg berleluasa skrg oleh segelintir melayu spt ini akan musnahkan negara, mrk selesa dgn khidupan yg agak berada, leka dgn pelbagai hiburan. Sikap ini yg myebabkan mrk x kisah apa yg tjadi, jgn lah kita mgutuk, mperlekehkan peserta BERSIH 2.0, mrk berJUANG utk mas depan anak2 kita. Jgn lah bersikap pkauman, apa hinanya ambiga berbanding pemimpin yg merogol amah, merompak harta negara mengayakan diri, anak & kroni, menerima rasuah, membunuh…saya harap anda semua w/pun x menyertai BERSIH, hulurkan lah sokongan w/pun dr rumah anda, byk lah membaca berita2 alternative, semoga Malaysia tercinta akan aman makmur tanpa menteri2 yg korup & pemimpin2 yg jahat & suka menjual negara demi kemewahan dunia.

    1. @Sani,
      habis tu anda rasa ambigia dan pengikut nya tak ambil rasuah ker? mungkin ramai orang melayu yang ambil rasuah? tapi siapa pemberi nya? anda rasa ramai sangat kah orang melayu yang banyak duit tok diberi sogokan? saya tak nafikan rasuah wujud didalam semua parti… maka dengan itu jangan ditunding jari pada seorang saja…

  3. @RAJA NUR’AIN BT RAJAJ SHAHRIMAN, Say6a nak jawab sikit komen you tu.Memang betul bersihkan umah lagi baik.Tapi kalau semua fikir buat sesuatu utk diri sendiri lebih baik ,macam you ni,maka tak akan ada lah perubahan,pembelaan apabila berlaku sesuatu kepincangan dalam masyarakat.Tapi org yang selalu fikir tentang kebaikan utk diri sendiri macam you mana nak faham kenapa org sibuk bincang isu ini.
    Ada yang setuju,ada yang tak,tapi semuanya prihatin terhadap keperluan rakyat,cuma ada yang kata sekarang sudah baik (gol. menentang bersih)ada yang kata perlu perubahan(penyokong).Ole4h sebab perlukan perubahan maka mereka sanggup bahayakan diri supaya rakyat dapat keadilan,kerana itu yang mereka percaya.Tapi kedua-duanya perlu kita tabik sebab sanggup bangun bersuara,baik menyokong baik menentang.Tapi you,alamak,kalau rumah sebelah you terbakar,you akan fikir macam ni,dari pergi tolong dia selamatkan diri aku lebih baik tak payah susah2.Sorryla kalau tersingung tapi sikap tak peduli you tu patut ditegur hgabis2san dan tak patut join pun komentar ini kalau setakat nak suroh org dok rumah bersihkaNNYA,KERANA KONONNYA ITU LEBIH BAIK.

    1. @Joe don baker,
      awak tahu ker agenda dieorang yang sebetul2 nya?
      bangsa melayu kite skunk dah ditawan secara halus nya..
      orang yang konon nyer pergi perhimpunan tuh pergi menegak kan keadilan…
      tapi tak tau aper yang sebenar nye.. macam lembu kene cucuk hidung..
      saya berani jamin ramai yang tak tahu dari tahu..mereka pergi sebab terpengaruh…

      awak tak pernah terfikir ke kemudahan yang malaysia ada?
      semua orang diberi bantuan, tak kire miskin atau pun tak…
      kerajaan kita bagi pinjaman pelajaran tok hantar anak ke sekolah,
      bagi pinjaman rumah pada yang tak mampu,
      bagi lagi skim yang menambah kesenangan orang melayu..

      tapi sekarang orang melayu yang tentang…mereka tak sedar nikmat yang negara kita ada..

      anda lihat aja lah sendiri, negeri dibawah kuasa pembangkang,, bila rakyat dieorang susah,,,semua mintak tolong kerajaan,,semua nak mintak bantuan… tapi bila senang sikit..tak perna bersyukur.. makin di cerca..di maki lagi.. itu lah melayu..

      mungkin kita bangsa melayu terleka dik janji2 pemain politik, cuba lah fikir sejenak sebelum melakukan sesuatu…

      atau anda rasa,peperangan lebih baik dari keamanan?

      1. @Orange, Saya bukan tak fikir semua tu.Tapisebenarnya perhimpunan bersih itu bukannya nak buat apa yang you kata tu.Yang dia nak komen tu suruhanjaya pilihanraya yang sepatutnya berkecuali bukanya dikuasai dan ikut telunjuk satu parti terutama yang memerintah.Kalau selalu dia macam tu takdak sapa nak betulkan bayangkan kalau parti yang memerintah tu anti sesuatu kaum dan ugama dan untuk menang pihanraya dia boleh manipulate suruhanjaya pilihanraya dan buat penipuan supaya di8a menang macam mana masa tu.Janganlah fikir bila orng minta sesuatu yang berlainan dari kehendak barisan tu maknanya dia tak bersyukur.Dulu masa mahathir nak ubhah perlembagaan ,semua swokong ,kata macam-macam kat raja melayu,siapa pun tak kata hina raja-raja melayu.Tapi lani bila satu bangsa lain minta satu perkara utk menafaat semua tapi umno rasa tergugat,walaupun permintaan itu takad kena mengena pun dengan hak org melayu atau raja2 melayu,kita caci cerca dia kata dia hina org melayu dan raja-raja melayu.Lepas tu kita org yang sokong dia kena cucok hidung,cetek pemikiran dan tak fikir kepentingan org melayu.Fikir sejenak bro.,tengok balik perjuangan nabi dan sahabat,adakah dia kena tunggu org kafir nak betulkan kepincangan masyarakat.ini kita dahla kepincanmgan kita biarkan asalkan melayu dapat terus berkuasa,dan ada bangsa lain suarakan rasa tak puas hati kita cantas betul2.sampai bila depa nak terus percayakat kita kalau kita dok lagutu saja.Kalau umno tak memerintah org melayu semua tak boleh hidup ka atau umno saja takutkan kita bahawa itu yasng kan berlaKU KALAU DIA KALAH.kITA KATA KERAJAAN LA BAGI MACAM2 PASAI UT KITA PERLU BERSYUKUR.bETUL TU TAPI BERSYUKOR PUN KALAU DAH DEPA KETERLALUAN TAKAN KITA NAK BIAR TERUS BUAT AAPA YANG DIA DOK BUAT LANI TAK MAU TEGUR DIA LANGSUNG.sAMPAQI SATU PERINGKAT BILA KEPINCANGAN KITA TERUS KATA BETUL DAN TAK MAU UBAH TUHAN TURUN LA ORG LAIN TOLONG UBAH UTK KITA,LAST SEKALI GIGIT JARA LA KITA.bACA BALIK SEJARAH MELAKA,aDA KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN TAKDAK SAPA BERSUARA.aDA YANG BERSUARA SEPERT JEBAT ,DIHUKUM DITUDUH DERHAKA PENGKHIANAT DAN MACAM2 LAGI.bUNOH DIA,MAYAT BUANG KE LAUT,KETURUNAN DAN ZURIAT DIA DIHAPUSKAN.rAJA PUN TERUS BERKUASA DAN LAKUKAN KEZALIMAN TANPA ADA RAKYAT BERSUARA MENEGUR TAKUT DIKATA DERHAKA.akhirnya tuhan hantar kristian dari portugis datang mengubah dan terus memerintah kita sampailah tahun 1957 baru kita memerintah balik.Lani ada kepincangaN,MELAYU NAK BERSUARA MENGUBAH SEMUA KATA DIA P[ENGKHIANAT DAN PENDERHAKA.nI ORG KRISTIAN NAK BANGUN TOLONG BETULKAN KEPINCANGAn sebab melayu tak boleh ubah sendiri.dah kita tak mau ubah juga lepastu kita nak perburok dia pula dan kata mcam2 kat dia.Cuba kita mengaku kata memang ada yang tak betul dalam pilihanraya kita dan kita akn tuboh jawatankuasa utk siasat dan betulkan.Kita kan buat nbetul2.lantik org yang betoi2 berkecuali utk chek kalau betul kita dudok semeja semua org kita cadang cara baru nak buat supaya lebih betui dan bersih.Semua setuju.NI kita tak lagu tu. Awai2 kita nafikan lepastu dah macam cara yang nbaik2 depa buat kita tak mau ubah juga pasai takut kita hilang kuasa,depa buat carani la nak surohy kita buka mata.Tapi kita tak buka mata juga bahkan kita lagi tunjuk keangkuhan,kebodohan kita lepas tu kita nak terus jadi pemimpin depa mana ada jalan beb.Walaupun saya kata ni keras dan pedas ,sebab saya pun org melayu juga tapi itu lah hakikat dia.Hari kita dok polemik p-asai dia sedangkan saranan dia sapa pun tak mau tengok. Saya rasa cara sebenarnya kita kena klata kat dia,kami tau hang tak puas hati dan rasa kami menang jaDI PEMERINTAH HANG BANGSA HANG DAN BANGSA CARA YANG TAK BERSIH.tAPI SAEBENARNYA DAK KAMI TAK BUAT LAGU TU.OK KALAU TAK PERCAYA JUGA LANI MAI KITA PAKAT PILIH ORG YANG HANG PERCAYA DAN KAMI PERCAYA MAI CHECK,KALAU DIA KATA TAKDAK APA HANG KENA TERIMA DAN JGN BISING DAH LEPAS NI.kALAU ADA TAK BETUL DIA KATA,KITA DEOK SAMA2 BINCANG MACAM MANA NAK BUAT BAGI BETUI BALIK.DAH KITA PEBETOI TU KITA UNDI LAIN SAPA MENENG MASA TU JAGAN KAT TAK BERSIH DAH PASAI KITA SAMA2 DAH PERBETUI .lEPAS KITA DAH BUAT SEMUA TU KALAU ORG BANGSA LAIN NI NAK KOMPLAIN JUGA NAK BUAT MACAM LANI JUGA BARU KITA BOLEH KATA DIA KURANG AJAR DAN KITA BARU AJAR DEI8A BETOI2.bARULAH MASA TU ORG RESPECT BANGSA MELAYU.lANI SDAYA CUKUP MALU TAMBAH2 GENG MAHA(YG TAK MAHA)GURU SILAT KUMPUL RAMAI2 DENGAN SORANG KETUA PARTI KITA WARNING SORANG PEREMPUAN,WADUH…. MAHA KA MACAMTU.mAHA NI aLLAH SAJA YANG LAYAK SEBAB DIA MEMANG MAHA SEGALANYA.hAMPA DENGAN PEREMPUAN PUN SAMPAI 5 ORG MAHA(YG tAK mAHA)GURU KENA BERHIMPUN KELUARKAN AMARAN.tAK PERLU TUNJUK ANGKUH MACAM TU ,SEBAB KITA KENA BUAT TUNJUK CARA BIJAK SIKIT SEBAB JANGAN LUPA KITA BUKAN PEMIMPIN BANGSA MELAYU SAJA DALAM MALAYSIA NI TAPI SEMUA BANGSA.bANGSA LAIN TU PUN DAH GENERASI KEBERAPA DAH TU.dEPA TU DAH RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN MALAYSIA DAH.tENGOK MASA DATO lEE LAWAN DENGAN CINA DALAN ALL ENGLANG SAYA KELUAR AIRMATA BANGGA BILA BANGSA ASING DI LUAR NEGARA PENUH SEMANGAT ANGKAT BENDERA SOKONG LEE.BAYANGKAN BILA DEPA BALIK mALAYSIA KITA DOK KATA DEPA TAK CINTA NEGARA,PASAI KITA KATA MALAYSIA NI KITA PUNYA.LEPAS TU KITA NAK PAKSA DEPA TUNDOK PATUH KAT KITA SEDANGKAN TINDAKAN KLITA SIKIT PUN TAK TUNJOK KATA KITA PANDAI DAN BOLEH HARAP PIMPIN DEPA

  4. Saya melayu,nama je mat salleh.nak komen sikit.Kenapa org melayu lain(bkn saya)merasa perhimpunan ini menghina org melayu.Benarkah kita org melayu merasa bila mereka minta pilihanraya bersih dan perbaiki sistem kehakiman bermakna menghina org melayu.Apa benarkah org kita dihina ka atau mereka komen orang yang mendokong sistem itu iaitu beberapa kerat org UMNO (Bkn semua)Org ini yang patut terhina dan kemudian mereka kempen pula supaya melayu lain marah sebab bangsa kita dihina kononnya.kita yang skng golongan ini yg kena cucok hidung.Org melayu tulen tak takut bahkan menyokong supaya pilihanraya dipastikan bersih dan adil,jika menang pun siapa pun tak boleh pertikai.
    Ini kita kata mereka ejen asing,pilihanraya kita memang adil dan bersih tapi bila nak panggil org luar yg berkecuali pantau,kita takut kata mereka pemantau asing ini nak jahanamkan negeri kita.Sedar tak kita pernah jadi pemantau pilihanraya negara org,jahatka kita dan jahanam ka negeri yg dipantau itu.Tak percaya america panggil la pemantau dari Asean,Cmmn. wealth,Africa atau negara yang kita percaya.
    Ini kita takut lepas tu pakai pula mahaguru2 silat utk warning orang lepas tu kita kata kita bersih adil dan mulia.Orang lain itu semua berniat jahat,ejen asing,hina bangsa kita sedangkan kita sini yang buat bangsa kita terhina.

  5. saye pun tak paham kenapa orang melayu sekarang mudah dipengaruhi.. Kenapa mesti ikut telunjuk orang..terlalu mudah minda,akal,hati,jiwa orang melayu sekarang dibeli..Jangan luper disebalik semua ni pasti ader agenda mereka yang tersendiri..sebelum bangsa kite ditindas lebih teruk lagi…sedarlah..

    saya nasihatkan pada sape2 yang tak tahu pasal politik nih,jangan masuk campor..jangan mudah percaya cakap orang,buat research dahulu sebelum terima input tersebut..

    1. @Orange, wei korang, klu MELAYU pandai plus rajin.kte x kan sng2 ikut telunjuk orang.x kira bangsa ape pun.klu kte smua org nk sokong bersih.mcm mane dngn MALAYSIA? orang luar negara akan memandang.Ish malaysia x bagus,sebok buat kecoh dekat kL. da dtg rmai2.apa yg kte nk jwb? klu kte uat perhimpunan ni ok x pe. tpi merosakkan alam skitar uat ape.tengok kt tv kotor. byk plastik. Bersih ker ni? pike2 la.

      1. @apa la korang ni,
        saya sokong…boley menjatuh kan image negara kite.. mcam mana malaysia nak jadi negara maju kalau rakyat porak peranda… mcam mana pelabur dari lua nak melabur kat dalam negara kite lau negara kite sendiri kuca-kacir.. ekonomi kite akan terus merosot..mcam mana kite nak cari makan kalau ekonomi kite jatuh nanti…siapa yang nak bagi anak,bini,mak,ayah n family kita yang lain makan nanti… atau kite harus dijajah sekali lagi bagi memuaskan hati pihak disana? kita boley berfikir..yang mana baik dan buruk. saya cuma berharap orang melayu akan sedar dari pembohongan sesetengah pihak..gunakan lah saluran yang betul..walau kite dikatakan melayu yang ketinggalan,tapi kite masih ada ilmu,maruah dan agama…jangan diberi kepada bangsa lain untuk dipijak2 maruah kite..

        saya percaya, tak kan ader orang selain melayu yang akan tolong orang melayu sendiri..tapi anda lihat lah pembangkang…berapa kerat sangat lah orang melayu yang ader jawatan tinggi..bila mereka menang dipilihan raya nanti..mereka akan megah dan bersekongkol dengan bangsa bukan melayu untuk ambil kerajaan..mereka merancang untuk mengubal semula yang ader di negara kite..mereka lupa yang orang bukan melayu hanya mengambil kesempatan dan akan menggulingkan nya.. nak dijadikan cerita, akhirnya melayu tidak akan mendapat hak yang istimewa lagi..semua ikuiti diberi persamaan kepada setiap bangsa.. dan akhirnya baru lah mereka akan sedar dan bangkit kerana pada masa itu…semua yang mereka ingin kan sudah tidak lagi boley diperolehi.

        kesian…sedih…melihat bangsa sendiri..

  6. owg melayu mudah d’peralatkan bngsa lain.sungguh licik Ambiga krn p’alatkan owg2 melayu sndr utk jatuh maruah negara sndr.apakah dowg ni semua sudah tdk blh b’fkr?

  7. percayalah saya, perhimpunan ini tidak akan aman..mmg niat asalnya adalah baik, tp percayalah, perhimpunan ini tidak akan berakhir dgn baik,,,
    saya agak setuju dgn apa yang diperjuangkan tetapi saya kurang setuju dgn pendekatan yang digunakan….pendekatan yang tidak mnggunakan akal fikiran…pedekatan yang hanya akan menimbulkan huru hara…kenapa saya berkata begini?kerana isu perhimpunan ini telah mendaptan liputan yang meluas dan telah dipolitikkan dan saya percaya mesti akan ada pihak yang berkepentingan yang akan menggunakan isu yg sedang berlaku ini… jika ia tetap diteruskan, pergaduhan besar antara kedua2 penyokong pasti akan berlaku……
    gunakan pendekatan yang lain yang lebih baik berbanding perhimpunan jalanan ini yang dilihat kurang berpendidikan dan kurang bermaruah…

  8. Ramai orang kata ini hak individu untuk bersuara demi kepentingan dan hak sebagai rakyat yang hidup di dunia ini….. Apapun Gunakanlah Hak Sebetolnyer… Diperpolitikkan dengan agenda dari pihak2 yangmendominasikan kuasa dan kepentingan mereka dan diolahkan dengan kata2… membangkang memang senang DERRRR… Cuba laa arrange negara ni dari dulu2… Nak menyatukan PELBAGAI KAUM… Jangan terlalu berbangga dengan PERKATAAN MELAYU HAK sebenar MALAYSIA…. Jika ANDA bukan MELAYU… APA yang anda MAHU…. NAK KAN HAK BUKAN… SO…INGAT2 LAH ORANG MELAYU…. KEPENTINGAN DAH DIBERI SERBA SEDIKIT….. NAK KAN LEBIH LAGI…. Bukankah Itu TAK BERSYUKUR NAMANYER… DAH BAGI MUDAH….NAK LAGI MUDAH BROOOOO… DAH BAGI SUBSIDI…. NAK TAMBAH LAGI…. PERGI LAA NEGARA LAIN…. MALAYSIA sangat BERBEZA …. RAKYAT diberi macam2… Diaorang KUMPOL DUIT nak BELAJAR…. KITA TAK PAYAH SUSAH2…. DANA dah ADA… PASTU TAK BAYAR PLAK kannnnn…. DAH BLACKLIST cakap itu ini…tentang itu ini…BAB KEAGAMAAN PLAK….. ONE MALAYSIA kita ni…. NAK KAN MELAYU JER LEBIH…. Waaaa…. UNTUNGNYERRR…. TAK FIKIR PLAK PERASAAN KAUM LAIN…. DIA ORANG NGUMPAT KITER FAHAM kerrr……….. TAHU haaa…yerrr….Okay2… Pandai2lah Bersyukur dengan apa yang ada pada kita sekarang… Jika tiada yang dulu…. tiada yang kini… Bukan aku kata UMNO selamanyer yang TERBAIK… Tapi AKU bersyukur HIDUP di MALAYSIA yang aman damai… FIKIRKAN KEAMANAN… JANGAN SAMPAI kiter duduk bawah MEJA dok ikot KAUM LAIN yang handle semuanyer… EKONOMI confirm2 bukan kiter pegang… SO…. BERSYUKUR laaa ORANG KAUM DIA join kitenyer HALUAN… kalau dah BETERABUR…. EKONOMI segalanyer sekarang… BUKAN DUIT TERLALU PENTING… TAPI TAK DER DUIT TAK BLEH WAT PER SEKARANG…. REZEKI Perlu mencari… REZEKI Dok kat MALAYSIA ni haaa… DAH MELIMPAH…. SAMPAI tak puas HATI… NAK REJEKI LEBIH… belajar tak diutamakan… nak BERSUARA jer Utamakan… Belajar tu besar broooo IMPAK diaaa… segalanyer BELAJAR…. TAKKAN KITA NAK Belajar Lagi NAK MAJUKAN SEMULA EKONOMI sekarang SEBAB dah HANCUR dengan SIKAP TAK PUAS HATIeeeee….NAK ITU INI….NAK LEBIH….NAK HAK……NAK PER LAGI…..ANAK MUDER PANDAI BERSUARA sekarang…PERIT PUNAH DULU2…BUKAN rasa pon kan…. SO….Waaaaa BOLEH fikir semua ni… Lu orang FIKIR laaa… ahahahah…KATA HAK INDIVIDU nak BERSUARA kan… kah3…. aperpon… REALITY HIDUP KINI DAH SEMAKIN PINCANG DENGAN AGENDA KUASA DALAM POLITIK DAN EKONOMI…. ader duit..SEMUA BOLEH JALAN…. hu2… TAK DER DUIT… dok follow aper2 jer… JADI FOLLOW laaa yang anda kata OKAY… INGAT YANG DULU X SALAH…. KERANA YANG DULU ADA SEKARANG NI haaaaa…. (^_^) Peace…. NO WAR… KATAKAN TIDAK PADA BERSIH ……..
    Mohd Ateng Mhmad Tahar recently posted..Aper Kejadahnyer BERSIH ni ?My Profile

  9. ASSALAMUAALAIKUM

    SAYA DOAKAN RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA YANG BERUGAMA ISLAM BERBANGSA MALAYU DUDUK BERTAFAKUR DAN BERFIKIR DENGAN WARAS AKAN TINDAKKAN MASING2. JADIKAN PERGOLAKAN NEGARA LUAR SEBAGAI TAULADAN DIMANA APABILA SESAMA BANGSA BERTELAGAH DALAM NEGARA SENDIRI HINGGA MENCETUSKAN RUSUHAN,KEMARAHAN DAN KETIDAKSTABILAN PEMIKIRAN,KEGILAAN KUASA DAN PENGANIAYAAN KEPADA YANG TIDAK BERSALAH..MAKA DI WAKTU ITULAH PENYERAPAN KUASA ASING YANG AKAN MENEGUK DI AIR YANG KERUH DAN AKHIRNYA RAKYAT KECUNDANG JUA KERANA MEREKA TIDAK BERSATU. SAYA KASIHAN KEPADA KITA RAKYAT BIASA YANG HATI KITA BENAR2 BERSIH DAN MAHUKAN KEADILAN MAKA KITA TERPENGARUH DENGAN JANJI2 KETUA2 KUMPULAN KITA ATAU KETUA2 POLITIK KITA X KIRA IANYA PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN, YG PASTI BILA ADA DI ANTARA MEREKA MABUKKAN KEDUDUKAN KEPIMPINAN TERTINGGI MAKA MEREKA BERSUNGGUH DAPATKANNYA DAN MENABUR JANJI, APAKAH KITA PASTI BILA MEREKA MENDAPAT PUCUK PIMPINAN TERTINGGI MEREKA INI TIDAK AKAN GOYAH DENGAN RUANGAN YANG LUAS UNTUK MENDAPAT SEDIKIT KESENANGAN SENDIRI YANG KITA RAKYAT BIASA DAN PENGIKUT YG SETIA INI TIDAK NAMPAK SEMUA ITU KERANA KITA HANYALAH PENYOKONG YANG PERCAYA AKAN JANJI JANJI MEREKA. SIAPA PUN MEREKA TETAP MANUSIA BIASA YG SENTIASA DI UJI OLEH ALLAH S.W.T, MENGUJI SEJAUH MANA MEREKA INI BENAR2 BERSIH APABILA KEHIDUPAN MULA DIKELILINGI WANG RINGGIT DAN KESENANGAN DUNIA. ENTAHLAH…ENTAH SIAPA YG DAPAT DIPERCAYAI. KALAU LAH DPT KITA BELAH DADA DAN LIHAT . TAPI HANYA ALLAH S.W.T YG TAHU. SAYA SANGAT BIMBANG KERANA ORANG MELAYU SUDAH HILANG PERTIMBANGAN. SEMOGA ALLAH S.W.T MELINDUNGI RAKYAT YG TIDAK BERSALAH, PENYOKONG YG TIDAK BERSALAH KERANA MEREKA INI BERPERANG ATAS PENGARUH DAN KEPERCAYAAN PADA PEMIMPIN YG MEREKA PERCAYA NAMUN TIDAK TAHU SEJAUH MANA KEIKHLASAN PEMIMPIN MEREKA. ADAKAH BENAR MEREKA MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT ATAU BERSIFAT SEMENTARA, ATAU JUGA IKHLAS TAPI BERUBAH APABILA HARTA BENDA MULA MENGUJI MINDA, TAMAK MENGUASAI JIWA, JANJI MULA DILUPA DAN RAKYAT JUA YG MENJADI MANGSA. WALLAHUALLAM. SEKIAN –> (insan keliru)

  10. BERSIH….. apa yg nak susah ajak semua p bersihkan surau,masjid,rumah rumah ibadat,sungai2 yg kotor,longkang serta parit yg tersumbat pun dapat pahala tak payah dok berhimpun di jalanan buat habis tenaga belum tentu dapat pahala…..TEPUK DADA TANYA SELERA,YG BAIK JADIKAN TELADAN YG BURUK JADIKAN SEMPADAN

  11. nyusah kan org ramai jer..ada otak guna ada akal pikir..jgn otak ltak kat lutut akal ltak kat kaki..”BERSIH” konon..huh

  12. Perhimpunan bersih??? tak perlulah diadakan di tempat awam… buatlah kat tempat tertutup atau tempat yg sesuai… kerana tempat2 yg dicadangkan merupakan tempat tumpuan awam… mungkin perhimpunan boleh bertukar menjadi suasana tegang… kita semua ni ada nafsu lain laa malaikat… ape pun ada kaedah yg terbaik(Muzakarah) utk menuntut kesemua yg terkandung dlm perhimpunan bersih…

  13. setuju dengan kak yan.takyah la nak gatal2 join benda2 macam ni.takut terlibat dengan benda yang bukan2.
    sama la,tak minat sangat pun tentang politik ni tapi tetap kena amik tau jugak…

  14. Saya pun baru tau kisah bersih tu.
    Tahniah yer da naik pangkat PR..hehe….
    Mintak tlg ley

    Vote for it!!!! 100 lucky voters will win a limited edition Blobby plush toy.

  15. isi kandungan Bersih memang betul.. tapi jangan la sampai nk buat demokrasi kan.. hantar wakil dalam 4 5 orang ke SPR dan Agong pon sudah memadai sebenarnya.. yang sedih ketua ini adalah seorang India .. dia mengajak anak-anak melayu untuk same same berjayakan Bersih 2.0 .. sangat sedih.. 🙁

    1. Betul tu PENGANJUR ASING KENAPA TAK BUAT KAT KUIL
      PENGIKUT MELAYU
      BUAT KAT TEMPAT MELAYU
      MASJID NEGARA DICEMAR OLEH MELAYU
      YANG MATIPUN MELAYUUUUUUUUUU

  16. nak tgk gk samada polis akan luluskan permit perhimpunan utk pemuda umno yg nk konfrontasi dgn puak bersih ni. kalau diberi kelulusan, adalah tidak adil sbnrnya. kalau xnk bg, biar xyh bg kt smo skali.

    pendapat je 😉

    1. kalau secara aman takpe jugak, tapi kalau dah pakat2 macam nie risau jugak kalau ada ketegangan, kalau boleh kita taknak lah benda yang lepas berlaku lagi.

  17. bersih ke org yang anjurkan perhimpunan ini? duk umah cuci kete lg bgs. bersih kete nti. org pmpn plak bsh baju kasi bersih yer.

    Lg baik klu bwk anak2 pegi bercuti. dpt membersihkan (menjernihkan) hbgn kekeluargaan

      1. mungkin boleh tukar kpd “separa bersih” kot. tp yg syoknya, yang ini bersih 2.0 tu. siap ada versi lg. dh mcm komputer.

Leave a Reply to nUR_rOsALiNdA Cancel reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Video Save The Date Dari Tomok Dan Ayu - Berkahwin 1 Julai 2011

Salam, wehooo baru sudah tengok Video Save The Date Dari Tomok Dan Ayu di youtube tadi, memang best, hikssss sangat comel dedua, bagai pinang dibelah dua. Ayu yang juga bakal isteri Tomok kelihatan sangat manis dalam video tersebut. Tak sabar tengok gambar kahwin Tomok dan Ayu nanti, mereka berkahwin 1 julai […]

Subscribe US Now