Salam, fuhh hangat betul sekarang dengan isu Bersih 2.0 nie, sana sini semua duk cakap pasal bersih, mula-mula blur dan tak tahu tentang apa itu bersih 2.0? ingatkan ops bersihkan tangki air (gurau) -..- rupanya pasal operasiย Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011, yang dirancang akan diadakan pada 9 julai depan.

bersih

Gambar : Malaysiakini.com

Baru tahu tentang isu bersih nie minggu ini, serius ketinggalan betul, HAHAHAHA. Maklumlah kurang amik tahu pasal politik-politik nie, tau-tau orang nak buat perhimpunan bersih dah -,.-

Tetapi bila research dibuat berkenaan Isu Bersih ini, risau jugak kalau betul-betul berlaku Perhimpunan Bersih, mungkin ramai yang tidak setuju dengan pendapat aku ini, tapi cuba kita pandang kehadapan, apa akan berlaku semasa hari tersebut? macam-macam perkara boleh terjadi, mungkin juga ada nyawa yang akan terancam mahupun terkorban kerana yang pastinya akan ada ketegangan yang timbul semasa perhimpunan tersebut.

haishhh korang yang waras tu, plizzzlah jangan join Perhimpunan Bersih 2.0 nie, duduk diam-diam kat rumah sudah, ada cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati, tetapi bukan dengan cara ini, jangan terpengaruh dengan kata-kata orang lain, berfikir dengan minda terbuka. – sekadar pendapat

“Pemimpin patut tahu dan sedar bahawa mereka tidak sepatutnya menghasut orang ramai menyertai perhimpunan seperti ini. Apa jua perhimpunan, kalau diadakan di jalanan, bukanlah suatu yang baik.” Malaysiakini.com

– Jangan basuh baju, nanti bersih *gurau* -.,-