Salam semua, semalam tengok berita tv3 tentang seorang anak malaysia yang turut sama menyumbang kepada idea dan sentuhan penghasilan telefon pintar iPhone4, yang mana mencetus fenomena di kalangan peminat gajet di seluruh dunia, anak malaysia tersebut iaitu Timothy Lim, 24, yang dipilih oleh Apple Inc untuk menyertai kumpulan pereka dalam projek membangunkan alat telekomunikasi canggih tersebut. Bukan calang-calang okeh! serius bangga sangat!.
Lim sekarang nie bertugas sepenuh masa dengan Yahoo! Inc sebagai Penganalisis Sistem Perniagaan Bahagian Pengurusan Operasi, katanya peluang bekerja dengan kumpulan pereka iPhone4 pada tahun 2008 dianggap suatu permulaan positif untuk memburu impiannya dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada peringkat global.
“Sekarang saya menyalurkan kreativiti dalam membangunkan rekaan teknologi maklumat (IT) dengan beberapa syarikat lain seperti Dancing Astronaut iaitu sebuah laman muzik tarian elektronik,” katanya. – Berita Harian.
Nota Yanmie : Serius sangat bangga!!
Saya anak Malaysia….. 😀
tahniah kepada dia kerana dah mengharumkan nama Malaysia.
turut sokong membangun tu iphone 4. 😯
bangga!!dah beli iphone ke yan?
terbaik la dia ni
RT @wazy84: Remaja Malaysia Reka iPhone 4 – Timothy Lim | yanmieonline.com http://t.co/7WObQ74
memang hebat la.. kakyan xmau join team buat iphone5 ker.. dengar khabar angin software engineer.. :p
saya pun tumpang bangga sekali
ternyata bakat muda mudi dari Malaysia sudah diiktiraf 😉
memang bagus lah dia bangga juga!! 😮