Salam, petang tadi bermulanya drama baru di slot akasia tv3 bagi menggantikan drama nora elena, drama terbaru ini bertajuk Dewa Cintaku, untuk episode pertama Yan layan di tonton.com.my aje, sebab cari remote astro petang tadi tak jumpa..ehehe -..-
Untuk episode 1 dewa cintaku ini, bolehlah, tunggu episode 2 besok tengok macam mana, kalau ok boleh layan macam biasa. Drama ini adalah adaptasi dari novel Dewa Cintaku, serius tak baca pun novel nie, harap-harap drama ini best dan mampu mengatasi drama Nora elena dan Adamaya, yang mana mencetuskan fenomena -..-
Jom layan jom sinopsis Drama Dewa Cintaku ini, lakonan Fasha Sandha, Iqram Dinzly, Lana Nordin dan ramai lagi.
Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pula pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.
Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.
Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya sebab dalam diam June pun memang menaruh hati pada iqbal. Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi mereka berdua ni nak kawin, Iqbal dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya. Kesudahannya?
Credit to: Lizarazak.com
Nota Yanmie : Tetiba pulak tonton.com.my laju malam nie -..-
novel memang best. tapi episod 1 semalam biasa2 je. maybe baru lagi. cite ni best kat ending2.hehehehe. kalau ikut novel lak 😉
kak yan, thanks link tu.kikiki
Slot Akasia Drama Dewa Cintaku TV3 http://bit.ly/kF84Bw (via @yanmie)
salam kak ..ada yg cakap novelnya best .. tak tahu lah drama cam mana kan .. 😳
ye akak baca kt blog kawan2, diorg kata novelnye best, xpe sama2 kita tgk episode seterusnya ok 🙂