Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger

Salam, kecoh 2-3 hari ini dengan pelbagai isu, yang turut menerima tempiasnya iaitu Wardina atau nama sebenarnya Wardina Saffiyah Fadlullah 32, yang mana dikatakan beliau menyokong PKR, semuanya hanyalah apabila beliau menerima undangan untuk berceramah motivasi yang mana dia sendiri tidak mengetahui bahawa program tersebut adalah anjuran dari PKR.

wardina

Gambar : Kosmo.com.my

Terkini Wardina memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada semua pengendali laman blog yang mengaitkannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan semua gambar dan artikel yang ย berkaitan dirinya daripada blog-blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

“Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam. – kosmo.com.my

Para blogger diluar sana, jangan buat entry yang belum tentu kesahihannya, jangan menyebarkan benda yang tidak betul, apa peranan kita sebagai blogger sebenarnya?? fikir semula, adakah semua ini disebabkan inginkan trafik yang tinggi ke blog?? fikir apa kesannya dengan penulisan kita, minta dijauhkan dari perkara sebegini.

Pada Wardina, saya tahu akak kuat dan tabah orangnya, saya, kami, kawan-kawan semua menyokong akak, kami tahu beza mana yang betul dan mana yang tidak, moga sukses selalu. Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.

– Harap Wardina akan terus bersama TV3!!

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 thoughts on “Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger”

  1. ish ish ish. orang sekarang ni suka sangat buka aib orang lain. tapi diri sendiri tak terjaga.

  2. ermmm..ni la padahnya kalau buat sesuatu entri tu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu..kesian la pada mereka yg tidak bersalah..free2 je dapat dosa..

  3. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
    Kita juga yg kena tempias.
    Kata kita tak berhemah dan suka-suka tulis.
    Harap yang berkenaan tarik balik la ye.

  4. payah malaysia skrg ni, semuanya nak dipolitikkan, sampaikan berkawan pun nak kena pilih politik yg sebulu,
    igt ler politik tak bawa ke mana2 kalau dicampuradukkan,
    berfikirlah secara waras ok…

    kpd wardina, jadilah yg terbaik, tidak perlu bersetuju dgn semua benda…

  5. btuilaaa, yan. kita sbgai blogger kne jaga2 ngan tindakan n perkataan kita kat blog sendiri. tak kener gaya dpt dosa kering coz bole menimbulkan fitnah n aib pd org. Kener hati2 sgt babs tuh. jgn pentingkan SEO smpai sifat kemanusiaan dilupakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.