Update : 4.49pm
– Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi. Bharian.com.my
Update 4.19pm
– Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang – utusan.com.my
Update 3.18pm
– Lelaki itu mendesak polis menyerahkan pistol atau kanak-kanak terbabit dibunuh. Bagaimanapun selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspel dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang. – Mstar.com.my
———————————————————————-
Salam, baru kejap tadi tengok berita 1.30 TV3, yang mana melaporkan 3 guru dan kira-kira 30 murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar telah dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan parang (laporan tv3/b.harian), lelaki tersebut telah menceroboh masuk ke Tadika tersebut pagi tadi.
Ya Allah takutnya, mudahan sahaja cikgu dan murid-murid tersebut semuanya selamat, Polis menerima maklumat kejadian tersebut kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan lelaki tersebut mendakwa sudah mencederakan seorang budak dan mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan. Sehingga jam 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan Cikgu dan murid-murid tersebut.
– Alhamdulillah semuanya selamat
kejam!!
– Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang
Sebenar kes macam ini berlaku kepada sesiapa sahaja. Saya selalu berpesan kepada isteri saya selalu kunci rumah. Sekarang ini penjenaya semakin ganas walaupun ada CCTV pun masih berani menyerang mangsa
3 Guru dan 30 Murid Tadika SeriKids Di Jadikan Tebusan Oleh Lelaki Bersenjata | yanmieonline.com http://t.co/DhBXwSH via @yanmie
Akhirnya,sudah meninggal kan?
apabila berlaku kes mcm ni pasti melibatkan pesakit mental.dah tiba masa malaysia tambah sesi kaunseling bagi rakyat yg dikenal pasti kurang waras atau menghadapi tekanan…
Ya Allah takutnyaa..
Dah la tempat kejadian dekat dengan umah
PojiePooh; Hanya Satu…
bahayanya. ehm sbb tu la saya xberapa harap sgt nk hntr anak ke nursery. mujurlah mak saya sanggup jaga anak. kalau tak, mmg xkan tenang hati klu kt tmpt kerja. paper harini pon tunjuk budak umur 4 bulan mati tercekik susu di nursery. nauzubillah
@ekspresiruang, Risau jugak nie, kena tingkatkan tahap keselamatan. moga tadika/taska lain amik ikhtibar, kena cakap kat cikgu aiman nanti nie
baca jugak nih kat blog kak jie. semoga semuanya selamat..
@eiela, akak tengok mula2 kat berita 1.30 tv3, terkejut jugak.
apa ek motif diorang jadikan cikgu & murid tadika tu sbagai tebusan??
malaysia dah makin banyak pengganas..
risaunya…
@kakngah, belum tau lagi, tulah tgh tggu berita terkini nie, harapnya semua selamat
amuk sana sini plak dah sekarang…
harap2 segera perkara ini diselesaikan oleh polis…
semoga anak2 kecil yg terlibat dilindungi oleh-Nya…
@Twit N View, Risau dan takut, mudahan mereka semua selamat, bayangkan anak kecil dalam tu..Ya Allah mesti trauma, minta dijauhkan….
dan mudahan penjenayah tu cpt ditangkap, semakin lama dia berada dalam tadika tu semakin terancam nyawa mereka semua. Ya Allah mudaha semuanya selamat…amin
RT @azizan4444 3 Guru dan 30 Murid Tadika SeriKids Di Jadikan Tebusan Oleh Lelaki Bersenjata http://t.co/cjABdyo via @yanmie
3 Guru dan 30 Murid Tadika SeriKids Di Jadikan Tebusan Oleh Lelaki Bersenjata | yanmieonline.com http://t.co/cjABdyo via @yanmie
3 Guru dan 30 Murid Tadika SeriKids Di Jadikan Tebusan Oleh Lelaki Bersenjata | yanmieonline.com http://t.co/Z0gkLre via @yanmie
3 Guru dan 30 Murid Tadika SeriKids Di Jadikan Tebusan Oleh Lelaki Bersenjata http://bit.ly/rlV0eb (via @yanmie)
Blog Update : 30 budak tadika dan 3 org guru jadi tebusan di muar http://t.co/AmlawY0 via @yanmie
Blog Update : 30 budak tadika dan 3 org guru jadi tebusan di muar http://t.co/AmlawY0 via @yanmie