Salam, meh nak cerita kisah Aku Seorang Blogger, sebelum entry ini berjela-jela nak bagitau dulu yang entry ini adalah entry contest seo dari 2dayblogger.com, korang kalau nak join klik aje link atas tu yea. Meh nak cerita tapi intro dulu gambar bawah nie yea, kikikiki
Yea itu Aku bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang, bukan mereka dan bukan siapa-siapa, Aku Seorang Blogger, seorang isteri dan ibu kepada 2 orang hero yang comel, tengok gambar kami berempat tu, comel kan? HAHAHA -..- jangan ada yang muntah darah.
Dulu aku belajar di salah sebuah kolej di Johor Bahru dan Kuala Lumpur dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perisian Komputer (Software Engineering) twinning bersama Edit Cowand University Australia. Sempat bekerja 1-2 tahun saje, lepastu jadi suri rumah sepenuh masa, kerja dengan suami dan juga Aku Seorang Blogger.
Aku juga mengambil upah membuat laman blog/web secara sambilan sekiranya ada permintaan, tetapi sekarang nie agak sibuk sehingga ada peluang yang terpaksa dilepaskakan, atau diberikan pada rakan seperjuangan, kikiki siapakah?? dia juga seorang blogger, teka sendiri!
Aku mula menulis blog sejak Aiman berada dalam kandungan lagi melalui blog.com, photopages, blogdrive, livejournal, blogspot, dan sehingga kini Aku Seorang Blogger dengan beraninya dan ingin maju kehadapan maka aku menggunakan wordpress self hosted dengan mengeluarkan sedikit duit untuk blog ini. dan hasilnya seperti sekarang yang korang lihat. blog juga kalau kena tempatnya ibarat satu pelaburan jugak, faham ke tak?? nnggee~
Macam-macam pengalaman Aku Seorang Blogger, dapat kenal ramai kawan dari pelbagai “bulatan”, macam-macam persekitaran ada, dan pernah jumpa dengan rakan blogger, tak silap dalam kiraan lebih dari 20 orang blogger yang dah pernah aku jumpa, ada yang datang ke rumah dan ada yang aku jumpa diluar sahaja, mereka semuanya best!.
Sebenarnya aku adalah seorang yang pemalu, disini (dunia maya) sahaja korang tengok aku banyak celoteh, tapi hakikatnya diluar, aku seorang yang sangat pemalu, tapi kalau kena gaya mememang boleh gelak mengekek dengan korang, kikikiki.
Yang seronoknya dengan blog macam-macam dah aku dapat, paling best kepuasan berblog tu dapat dirasai bila pengalaman seharian bersama suami dan anak dapat dicatatkan di blog ini, yea sebagai kenangan dimasa hadapan (kadang2 gelak baca entry lama).
Yang nie ibarat ganjaran dari hasil berblog, dimana setiap bulan aku menerima hasil dari blog, hasil yang pada mulanya aku tak pernah sangka, dengan blog pun boleh buat duit, setakat ini aku pernah menerima dari Nuffnang, Innity, Adsense, infolinks (otw), iklan banner, Advetorial (iklan bertulis) bayaran yang diterima agak lumayan jugak, bayangkan dengan blog boleh menghasilkan income 4 angka sebulan, tanpa perlu berkerja di pejabat, di supermarket, tanpa di marahi oleh bos,dengan blog aku bos dan aku kuli (eh ada kah?) hahaha.
Dapat Smartphone HTC Desire Z dari Program Maxis10 Reviewers
Ini HTC Desire Z tersebut.
Dapat Netbook Acer Aspire One dari contest Denaihati yang disampaikan oleh En.Khanafi tajaan dari eQurban.com dan Al-Ansar
Ini Acer Aspire One tersebut.
Alhamdulillah Menang iPad2 dari contest Denaihati, hadiah di taja oleh eQurban.com dan disampaikan oleh YM TAN SRI DATO’ SERI TENGKU AHMAD RITHAUDEEN TENGKU ISMAIL (Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia)
Ini iPad2 tersebut.
Selain itu, aku juga aku pernah membuat pelbagai contest di blog ini, alhamdulillah rezeki aku seorang blogger untuk dikongsi bersama pembaca blog ini, tanpa mereka apalah adanya blog ini.
Oklah jari seperti taknak berhenti menaip nie, dah panjang sangat entry nie, kikiki, so aku berhenti dulu disini.
“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ, MySuperKids , Muje, Puan Bee , Ellen, DenaiHati, k-worlds, hairulazni, ummihanie, dinsblog“
.
– “Aku” hanya untuk entry ini -..-”
Tahnih tahiah semoga menang byk hadiah lagi lepas nie
all the best kak! ramai yang masuk contest ni! 🙂
@hakimfaridzul, emm, persaingan pun sengit… x join ke?
Anyway, good luck kak yan.
Wah… sudah banyak yang Mbak Yanmie dapat…
seronok baca kisah kejayaan blogger2. Sya masih bertatih. masih banyak yang perlu dipelajari. Tahniah, kak yan. Nak join juga contest ni, tp entri tak buat lagi. huhu
heheh. memang keyword habis entri ni. good luck for the contest 😉
Bestnya kak yan..inspirasi untuk wanita yang tidak bekerjaya. Tak bekerjaya tak semestinya tidak berhak mengecap kejayaan. Wahh ayat.
yang penting,income 4 angka.haha…
kak yan sorang je perempuan dalam kalangan lelaki yang dapat smartphone HTC tu.dahsyat la…
Aku Seorang Blogger via @yanmie
Yang penting kena saboooo
@Denaihati, panjang ‘oooo’nya tu.haha…
@Pacifista – X, maksudnya memang betul2 kena banyak bersaboo la tu
semestinya semua ini bukan dengan 1 hari saja..
sy buat blog tak pernah cashout bulan2 camtu lagi setakat ni,on going utk stabalize dlu.. tapi persahabatan dlm blogging tu best..byk benda leh blajar dgn blogger network ni..
software engineer… mantapp.. 😉
wahhhh.. tahniah ya.. sudah menjadi blogger yang berjaya sekarang….
ni namanya murah rezeki ….
Aku Seorang Blogger via @yanmie
nice. this post is inspiring.
Aku Seorang Blogger via @yanmie
Aku Seorang Blogger via @yanmie
Aku Seorang Blogger via @yanmie
Aku Seorang Blogger via @yanmie
Aku Seorang Blogger via @yanmie
Aku Seorang Blogger via @yanmie
Aku Seorang Blogger via @yanmie
aku jelesla emm takpe rezki masing² janji usaha.. jom tukar window 8 @ http://tauhusumbat.com/index.php/2011/07/jom-tukar-window-8-video/
Aku Seorang Blogger via @yanmie
salam..
semoga berjaya..
mantop blog nih
🙂
berkat berblogging dengan berhemah pastinya dibalas dengan janaan pendapatan sampai begitu sekali. Hebat Kak Yan! Salah sorang sumber inspirasi saya dalam dunia blogging. mmg ada niat nak tukar self hosting tapi trafik blom memuaskan. huhu
Aku Seorang Blogger via @yanmie
Patutlah gaya setting blog Yanmie lain sahaja rupanya pengajian Yanmie ada kaitan dengan IT juga. Tanniah ke atas kejayaan Yanmie. Sudah terbukti blog juga boleh memberi sumber pendapatan
semoga sukses kak! kami disini mendoakan kejayaan rakan-rakan blogger lain. KAMI BLOGGER, KAMI OK 🙂
nice entry..dlu amik software eng ek..ptt hebat 🙂 tahniah smg sukses slalu
Tahniah kak yan..tersuntik semangat saya..=)
Teruskan kecemerlangan berblog..semoga bertambah rezeki..=)
saya pon seorang blogger, terliur la tgk ipad2 tuh, jeles ni
luv it … santai dan menarek …
sy jugak dah lama perap entri ni dlm draft…huk3x…insyaallah bakal menyusul xlama lagikss … *mcm kenal je penaja tu :p
@Ummi Hanie, makasih…eh ha’ah penaja tu hehe, meh bg jelah terus adiah blh? kikiki 😀
saya takda luck lagik
huuu
masih perlu byk belajar
meh aja cpt meh 🙂
@akmalhilmi, Insyaallah boleh je tu, jangan pernah jemu menimba ilmu…ewaahhh 😀
hehe berbaloi buat blog bila dapat hasil yang tak disangka2 macam tuh.tapi ambil masa lamalah nak capai semua tu
@izwannizam, Alhamdulillah syukur, yea amik masa bertahun, bukan buat blog hari nie besok terus dapat tu semua 😀