Bersih 2.0 Batal Demo Jalanan Dan Bersih 2.0 Bersetuju Demo Di Stadium

Salam, perkembangan terkini berkenaan Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga hari ini telah memasuki Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin kira-kira pukul 1.55 petang tadi, dan akhirnya beliau akur dengan saranan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Berkenaan Bersih 2.0 (9 Julai 2011) dan kerajaan untuk membatalkan perhimpunan haram jalanan yang bakal dijadual pada Sabtu ini.

bersih 2.0

Bagaimanapun beliau menerima tawaran dari Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan di dalam stadium, stadium mana belum tahu lagi, mereka akan bincangkan kemudian.

Tapi harapnya agar perhimpunan ini tidak mencetuskan keadaan yang tegang dan tidak terus dipolitikkan.

ambiga sree

“Sekarang kita ambil keputusan untuk tidak mengadakan demonstrasi di jalanan, tapi ubah ke stadium…stadium mana kita akan bincang dengan kerajaan,” katanya ketika ditemui di Istana Negara di sini, Selasa.

Dimana pun Bersih ini berjalan, tetapi masih risau juga, apa-apa kemungkinan boleh berlaku, terbaru tengok berita tv3 tadi. Polis merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam dan tidak menolak kemungkinan ianya ada kaitan berhubung dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

barang rampasan bersih 2.0

Antara senjata tersebut termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur.

barang rampasan

barang rampasan

barang rampasan

Detail : Malaysiakini.com dan Mstar.com.my

– Serius walau dimanapun demo Bersih 2.0 ini dilangsungkan, harap ianya berlangsung dengan aman, nngeeriinya tengok parang tu..euuww~.

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Bersih 2.0 Batal Demo Jalanan Dan Bersih 2.0 Bersetuju Demo Di Stadium”

  1. jangan buang masa la nak berdemo ni, banyak lagi perkara lain yang mendatangkan faedah. Kalau setakat nak hantar memorandum, tak perlulah berhimpun dan berdemo, PRU nanti terjemahkan dikertas undi…dah daftar ke belum?????

  2. Yang PENTING KERAJAAN Patut terima apa PERMINTAAN BERSIH dan cuba tunaikan segera. baru selesai dan tak Perlu PERHIMPUNAN.
    Semua rakyat selamat…

  3. Setuju kalau BERSIH buat dekat stadium. Lebih terjamin keselamatan harta benda dan orang awam 😀

  4. apapun buat kat stadium lebih baik dari buat di jalanan.sekurang2nya dalam mengelakkan kerosakan harta benda.tapi risau jugak tu.kang tonggang langgang stadium tu pulak dibuatnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.