Salam, fuhhh semalam kami beli barang masak kat Pasar Malam Chow Kit, ala pasar malam yang sampai ke pagi tu, dulu masa tinggal kat Desa Setapak KL kami memang selalu beli barang masak kat situ je, dah jauh duk kat Klang nie memang jaranglah pergi sana, kalau kebetulan je baru singgah.

pasar malam chow kit

Jalan sesak macam biasa -..-

Nie semalam kami pergi sana lagi, macam biasa rambang mata wooo kalau boleh semua benda nak pulun beli hehehe. Sayuran fresh, makanan laut fresh, macam tu jugak dengan ayam dan daging. Yang paling best sebab murah sangat.

pasar malam chow kit

Pesta Ayam…hehehe -..-

pasar malam chow kit

Orang yang jual ikan nie masih kenal saya lah…hehe ..-

pasar malam chow kit

Sayur-sayuran fresh -..-

pasar malam chow kit

Semestinya tempoyak + Belacan for my en.hubby, makan kalau ada 2 benda nie memang ummpphh -..-

Chow Kit Road! – Allahyarham Sudirman Hj. Arshad

road! chow kit road!
Chow kit road! chow kit road!
Chow kit road! chow kit road!
Chow kit road! chow kit road!

Di tengah bandaraya orang merata rata
Dari segala bangsa tua atau muda
Ada yang berkereta ada yang jalan saja
Ada yang cuci mata ha ha ha ha ha ha

Di tengah bandaraya
Yang miskin dan yang kaya
Bagai satu keluarga bersama gembira
Ramai orang berniaga menjual apa saja
Semuanya murah murah ha ha ha ha ha ha

Indahnya petang di chow kit road
Kuala lumpur
Indahnya petang di chow kit road
Kuala lumpur

Di tengah bandaraya walau baik orangnya
Perlu berhati hati di tipu pencuri
Bila melintas jalan jangan sesuka hati
Di tangkap mata mata baru padan muka

– Nak masak sedap-sedap -..-