Salam, ha dah abis dah Drama Sijundai, tak tengok pun episode akhir huhuhu, kena layan kat tonton nanti, okeh drama yang menggantikannya adalah drama Laila Manja Di Slot Lagenda TV3, kalau tengok tajuk je dah best, dramanya tak tahulah macam mana kan, sama-sama kita saksikannya bermula hari ini 25 Juai 2011, waktu tayangan seperti biasa setiap isnin hingga khamis pukul 4 petang.
Drama Laila Manja ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Puteri Sarah, Iqram Dinzly, Ellie Suriati, Dato’ Jalaludin Hassan,Amar Baharin(Anak Wayang), Nabila Huda dan Zul Ariffin.
layan Jom sinopsis Laila Manja Di Slot Lagenda TV3
LAILA MANJA mengisahkan tentang penderitaan hebat yang dialami oleh dua beradik, Laila dan Manja, disebabkan perbuatan ibu tiri mereka yang kejam. Setelah pemergian ibu mereka, Kamsiah (Liza Shadan), Laila dan Manja sering termenung dan berduka kerana mereka sangat merindui belaian ibu yang telah tiada. Sebagai seorang ayah yang prihatin, Mahmud (Ramli Saleh) mengambil keputusan untuk mengahwini Mastura (Ellie Suriati,untuk mengisi kekosongan hati dan mengubat lara kedua-dua orang anaknya.
Namun, mimpi ngeri Laila dan Manja kini menjadi nyata apabila mereka didera Mastura, ibu tiri mereka yang inginkan keistimewaan yang terdapat pada mereka. Laila mampu melihat masa hadapan manakala Manja berupaya untuk mengingati kisah lampau.
Mastura yang menjalinkan hubungan sulit bersama Azman (Mubarak Majid), salah seorang pekerja Datuk Razali (Dato’ Jalaludin Hassan) akhirnya terbongkar apabila Mahmud pulang ke rumah secara mengejut. Lebih menyayatkan hati, Mahmud dibunuh oleh Azman dan kerana ketakutan Laila membawa Manja lari dari rumah untuk menyelamatkan diri. Manja menyorok di dalam kereta Pak Mat (Roslee Sako) manakala Laila jatuh pengsan di atas jalanraya dan ditemui oleh Datuk Razali. Beliau terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Laila, kerana Mahmud merupakan pemandunya. Secara tidak sengaja, mereka terpisah sejak dari saat itu.
Mastura dan Azman berjaya diberkas oleh pihak polis dan mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Imran (Zul Ariffin), anak kepada Azman merayu kepadanya agar hukuman terhadap bapanya diringankan. Tetapi, Datuk Razali tetap tegas akan keputusannya. Sejak dari itu, Imran menyimpan dendam kesumat terhadap Datuk Razali.
Menjelang usia dewasa, Laila diberi kepercayaan oleh Datuk Razali untuk menerajui syarikat gergasinya, manakala Manja pula disayangi Pak Mat kerana kesungguhannya dan bakatnya di dalam dunia perniagaan. Namun, dendam Imran masih membara dan mereka bertemu semula di dalam dunia korporat yang bakal merungkai pelbagai konflik percintaan dan permusuhan.
Adakah Manja akan bertemu semula dengan kakaknya, Laila setelah pelbagai badai dugaan yang menimpa? sama-sama kita saksikannya -..-
Sumber : Wanita Inspirasiku TV3
.
– Namamu teratas indah bercahaya laila..hehe tetiba -..-“
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/lfa3a via @yanmie
oo ganti sijundai ,episod akhir mcm mana erk lupa saya tengok tp lupa dah hehe
nak curi sinopsis nih hehee
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/e6vw8 via @yanmie
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/hju5c via @yanmie
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/63sbf via @yanmie
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/fnse6 via @yanmie
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/okkvw via @yanmie
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/1dfmh via @yanmie
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/1g9s4 via @yanmie
baca sinopsis macam bestnyer tapi sayangnyer waktu siaran masa tgh kerja.. 🙁
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/uu01j via @yanmie
Macam cerita laila manja dulu2, cuma diadaptasi dlm zaman moden. Mesti best. =)
@anastasyea, tengah tengok episode 1 nie 😀
layan laila manja pulak.. huhu..
@madammondoq, napenya huhuhu HAHAHA 😀
Laila Manja Di Slot Lagenda TV3 http://twrt.me/q9g24 via @yanmie