Majlis Fatwa Kebangsaan – Cicak Tokek Haram Di Makan dan Dijadikan Ubat

Salam, nampaknya Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Cicak Tokek Haram Untuk Di Makan dan Dijadikan Ubat.

cicak gergasi

Cicak Tokek aka Cicak Gergasi jadi buruan

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

Sumber : e-Fatwa

.

– Komen kat entry Cicak Tokek aka Cicak Gergasi jadi buruan ada banyak no phone 😀

 

 

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

27 thoughts on “Majlis Fatwa Kebangsaan – Cicak Tokek Haram Di Makan dan Dijadikan Ubat”

  1. Kalau pasal bukti saintifik untuk perubatan memang dah ada, cuma bukan bukti saintifik untuk HIV dan Aids. Dari dulu pun ramai dah yang kata harus untuk tujuan perubatan. Tapi ada tak orang Islam yang makan tokek ni?

  2. Berita tentang bahawa cicak ini boleh digunakan dalam perubatan sebenarnya tidak pasti dan tidak jelas dari mana sumber asalnya ?

    Ada sesiapa yang tahu asal sumber cerita ini ?

        1. @Hazmin Hamudin, ntah la,kekadang manusia lebih suka berdolak dalih dalam hal hukum hakam ni.contoh macam cicak tokek ni.biasanya orang akan cakap yang diorang nak jual untuk buat ubat.sedangkan belum terbukti secara saintifik lagi tentang kesahihannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.