Salam, terkini mengenai Perhimpunan Bersih telah mendapat perhatian dari Yang di-Pertuan Agong, yang mana Istana Negara semalam telah mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

titah khas agong mengenai bersih 2.0

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Mizan Zainal Abidin

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. – Malaysiakini.com

Seperti yang telah saya tulis disini Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011, saya sekeras-kerasnya tidak menyokong perhimpunan bersih 2.0 tersebut, bagi saya masih ada cara lain untuk menyuarakan ketidak puas hati-an tetapi bukan dengan cara ini.

Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011

Agong dah bersuara, adakah masih ada mereka-mereka yang ingin menjalankan demonstrasi jalanan ini pada Bersih 2.0 9 Julai 2011??

– Daulat Tuanku!!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

20 thoughts on “Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Berkenaan Bersih 2.0 (9 Julai 2011)”
  1. semua tu betul..,, yg sokong betul yg tak sokong pun betul..,, sebabnya manusia tak sempurna..,, setiap perkara tu ada baik dan buruk nya..,, pada pendapat saya baik kita betulkan diri kita dulu.,, didik anak istri kepada kebaikkan sebab itu tanggungjawab hakiki.., kes sape betul sape salah ni, kita hanya mampu berdoa agar yg salah di beri petunjuk..,, sebab yg berkuasa memang akan memijak dan memamah kita yg di bawah ni, tak kira apa pegangan politik dia.,, coz setan yg menghasut dia memang pangkat jeneral.,, bukan mudah berada di atas…,,dan memang mudah menuding jari ke arah org lain.., sedangkan jari yg lain ke arah diri sendiri….,,, lupakan sengketa..,,

  2. Anwar Ibrahim + Ambiga = Anjing

    Korang tauu x anwar ibrahim jd punca semua ni…? satu Malaysia baii dia tipu…mmg Najib teruk,terutama bini dia…tp kalau la korang tau syaitan bertopengkan manusia tu si Anwar ni, sah2 menganga mulut penyokong2 dia yg bongok2 semua tuu…
    Jangan la korang nampak kebaikan si Anwar tu,tp sbnrnya dia ada agenda sendiri…menyesal seumur hidup kalau dia jd PM…

  3. ko tu? memang jenis bahalo, mgkin ko ni jenis yg buta hati kot. ko x nampak ka pada tahun 1988 ada judicial crisis? dkt Sabah ada kemasukan PTI dan diberi IC? kes altantuya? kes Teo Beng Hock? buat bangunan 100-tingkat tapi rkyat kebulur? pengecualian cukai trhadap baju dalam wanita?? klo ko la tulis komen mcm smpah ni, ertinya kau menyokong dan mendokong smua yg aku sebut ni. ko suka klo kerajaan main hentam ja tadbir negara. seleweng sistem kehakiman spaya kerajaan BN ja yg menang time perbicaraan. dan seleweng SPR supaya BN ja menang. ko dgn snang hati meredhai yg smua ni perlu berlaku, ko sndiri yg mengizinkan agar cronism trus berlaku. hahahahahaah….lucu la ko ni. ntah mgkin ko dah makan utusan meloya tu bnyk sgt kot. ataupun ko ni pun crony umno. pasal tu bontot ko panas sbb org buat Bersih. sbb ko taw sumber rezki ko dah nak habis. heheheheeh

    1. apa yang dah kerajaan tipu korang dimana korang bertapak selama ini? Dah sekian lama negara aman kini kau orang nak buat kecoh nak ikut negara
      luar yang tak habis2 dengan pemberontakan. kalau korang nak memerintah gunakanlah cara yang bersih. kitakan ada undang2..fikirkanlah………
      bersih korng ni bersih yang tak bersih……….

      1. Macam mana cara yang bersih boleh tolong ajar? Pakai bom cam altantuya ke? Ke langgar guna kapal selam najib? tak pon menginap hotel mahal kak rosmah? Bila kroni dah menguasai takkan ada cara yang bersih dah nak setel. Bersih 2.0 ni pon juz nak bawa memorandum yang nak diketengahkan. Kalau tak habis2 maki hamun kat kedai kopi sampai bila pon takkan bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge