Salam, hehe meh ler tengok saya punya Kebun Tanah yang Sekangkang Kera kat bawah tu, bukan main seronok dan teruja lagi, hehe dah tak perlu nak beli serai dan cili kat supermarket, ambil saje kat depan rumah, yang bestnya sebab pokok serai dan pokok cili tu Mak Mertua tercinta yang tanam, hehe, kalau saya yang tanam tak pernah nak hidup, pelik betul kan ^___^.

pokok cili dan pokok serai

Gambar dari Instagram ku http://instagr.am/p/J5O_e/

Tanaman yang begitu tumbuh subur, sesubur tuannye yang makin menggemuk, nnggee~.  Pokok serai tu dah ambil banyak kali dah, pokok cili tu Mak Mertua bagi, adalah dalam 2-3 bulan lepas kalau saya tak silaplah, time tu pokok cili tu tak berbuah lagi, dalam bulan lepas baru start nampak hasilnya, bukan main teruja lagi saya petik cili Api dari pokok tu, HAHAHA, mula-mula dulu ambil 4 biji cili sebab itu je yang ada, bukan main seronok lagi, hahaha, now cili yang terhasil begitu banyak, lebat!

pokok cili

Gambar dari Instagram ku http://instagr.am/p/J-u-O/

Aksi 2 beradik pagi tadi, diorang pun teruja tengok cili Api tu, hehe senyum lebar diorang ^___^

.

– Kat Kampung en.hubby macam-macam tanaman ada, fresh!!