Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Di Tanah Rata Cameron Highland

yanmie 8

Update : 9.32 am / 8.8.2011

Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, di sini petang Ahad.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

– Mstar.com.my

______________________________________

Salam, baru sahaja tadi diberita tv3 dilaporkan bahawa telah berlaku kejadian tanah runtuh di Tanah Rata Cameron Highland yang melibatkan lima buah rumah perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata runtuh, kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.45 petang tadi. setakat entry ini dipublish 9.31malam, Seorang maut, ramai terperangkap dalam tanah runtuh tersebut.

CAMERON HIGHLANDS: Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.
Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa. *

Sumber : Berita Harian Online

* Sebarang perkembangan akan diupdate semula, sama-sama kita doakan agar mereka yang terperangkap masih selamat.

Sent From My iPad2

8 thoughts on “Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Di Tanah Rata Cameron Highland

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Identiti Sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Di Bongkar Oleh Gaysec

Update Terkini dari Gaysec.org : – Kenyataan rasmi “maaf” daripada pihak GaySec kepada pihak umum dan Arlene Tan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) […]

Subscribe US Now