Gambar Perkahwinan Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub

Salam, wah dah selamat dah nabil kan, selamat menikah dengan Nazirah Ayub yang juga bekas Pramugari AirAsia, dengan 2 kali lafaz di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat tadi. Layan dulu bawah nie Gambar Perkahwinan Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub, gambar lain nanti saya update kemudian yea.

gambar perkahwinan nabil dan nazira

Zira  menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000 serta tujuh dulang hantaran, antarnya adalah duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan manakala Nabil pulak menerima sembilan dulang hantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Continue reading “Gambar Perkahwinan Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub”

Pendaftaran Tahun 1 Sekolah Rendah Agama (SRA)

Salam, hari tu kami Daftar Kemasukan Ke Sekolah Rendah Tahun Satu Sesi 2013 untuk Aiman, kami juga Daftar Tahun 1 Sekolah Rendah Agama (SRA) untuk dia, Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Klang Jaya bersebelahan je dengan Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Klang Jaya, lagipun kami memang nak hantar dia masuk sekolah agama sekali, hope takde masalah nanti untuk Aiman menyesuaikan diri, amin.

sekolah rendah agama taman klang jaya

Jarak dari rumah untuk kedua-dua sekolah ini cumalah 3KM sahaja, itulah sekolah paling dekat dengan rumah, hahaha tak dekat juga sebenarnya tu heeee ^___^.

Continue reading “Pendaftaran Tahun 1 Sekolah Rendah Agama (SRA)”

Video Pra Perkahwinan Nabil Raja Lawak Dan Zira

Salam, eh korang tengok dah ke Video Pra Perkahwinan Nabil Raja Lawak Dan Zira? best tau, intro yang menarik, pastu part-part yang Nabil nak bagitau yang dia nak lamar Zira tu, heeee kelakar, jom layan Video Pra Perkahwinan Nabil Raja Lawak Dan Zira kat bawah nie yea ^____^

Nabil & Zira :: save the date from lhmediatv Kredit to Ohbulan

Nabil dan Zira akan melangsungkan perkahwinan pada 2 Oktober 2011 ini dengan konsep Wonderland, mesti unik nie, tak sabar pulak nak tengok gambar kahwin Nabil dan Zira serta video perkahwinan mereka, sure comel, fairy tale gitu ^_____^

– Tetiba teringat kat Irma Hasmie -..-“

Gambar Empire Tower Shopping Gallery Subang Meletup (Empire Subang Explode)

Salam, fuh…fuhhhh kecoh kat twitter pagi nie bila tengok ada yang twit pasal Gambar Empire Tower Shopping Gallery Subang Meletup (Empire Subang Explode), terkejut sangat, tengok gambar-gambar lagi menakutkan, macam baru lepas kena bom ke keadaannya, mujur juga kejadian tersebut berlaku pada 3.45pagi, kalau berlaku siang hari macam nie lagilah takut, sebab ramai yang akan berada disana untuk shopping dan berkerja.

twitter

Twit perbualan saya dengan @tv9malaysia

Menurut laporan berita terkini tv3 kejadian berpunca dari letupan tangki gas bawah tanah di bangunan tersebut, 4 orang tercedera dan manakala 300 orang yang lain diselamatkan dan dipindahkan – Sumber berita terkini tv3, dan Selanjutnya baca di bawah ini, sumber dari TheStar:-

Continue reading “Gambar Empire Tower Shopping Gallery Subang Meletup (Empire Subang Explode)”

Permohonan Daftar Kemasukan Ke Sekolah Rendah Tahun Satu Sesi 2013

Salam, baru nie kami ke sekolah rendah untuk membuat Permohonan Daftar Kemasukan Ke Sekolah Rendah Tahun Satu Sesi 2013, giler awalkan nak daftar?, ingatkan daftar tahun depan je, tapi MIL dan sedara yang cikgu tu cakap memang dah buka dah pendaftaran untuk murid tahun 1 sesi 2013, tapi time tu buat dek je heeee, bila baru nie member datang open house kat rumah nie, dia kata dia dah daftar anak dia untuk sesi 2013, kami pun seminggu lepas tu gi daftar untuk Aiman jugak.

sk taman klang jaya

SK Taman Klang Jaya

Budak Pejabat sekolah tu cakap, bukan apa, sebab takut nanti sekolah tu penuh nanti kena cari sekolah lain, kalau daftar awal ada kemungkinan dia akan ditempatkan disekolah yang kita daftar tu, lagipun itu jelah sekolah yang paling dekat, tak dekat 3KM juga dari rumah heeee.

Continue reading “Permohonan Daftar Kemasukan Ke Sekolah Rendah Tahun Satu Sesi 2013”

Artwork : Arah

Salam, sejak akhir-akhir nie mata asik suka nak pandang gambar-gambar cantik, haishhhh bosan je google gambar-gambar cantik, paling tak tahan bila lepak fotomedia.com.my fuhhhh…fuhhhh berjam-jam juga lepak sana heeee, lepas nie nak buat entry khas untuk Artwork, untuk kepuasan sendiri, nak uji sejauh mana saya boleh menghasilkan Artwork yang cantik dan unik (unik lah sangat konon) HAHAHAHA.

jengka

Venue : Simpang Ke Bandar Jengka

.

– Bosan, bila nak dapat DSLR nie ^____^

Jumpa Blogger Dan Makan-Makan

Salam, Malam jumaat yang lepas, kat rumah saya ada buat makan-makan sikit untuk kawan-kawan, ada juga rakan blogger yang sudi datang kerumah, mereka ialah Blogger Paeh, Fazreen, Ayong Qiela, Anak Perak dan Linda. Terima kasih sudi datang yea, seronok jumpa korang. Layan gambar jom!

open house

Fazreen Dan Paeh, tengok een makan macam kepedasan je, pedas ye Ayam Masak Merah akak tu? Paeh lak nak duk dekat dengan air sebab senang nak minum katanya hahaha bijak!!

Continue reading “Jumpa Blogger Dan Makan-Makan”