Salam, saya join lagi contest dari Denaihati dan sponser dari eQurban, kali nie temanya tentang kemerdekaan Malaysia (Cabaran Malaysia #Merdeka54), entry yang dihasilkan haruslah kreatif, tak kira samaada dalam bentuk penulisan, gambar mahupun video, sebenarnya saya tidak punya masa yang banyak untuk menghasilkan entry ini, semuanya terhasil secara spontan, ada lagi 30 minit masa yang ada sebelum contest ini ditutup.

denaihati

Okeh, Saya tanya anak (Aiman), apa itu merdeka, dan dia jawab tak tahu, okeh takpe masih kecik lagi dan masih dalam proses untuk belajar, satu hari kamu akan tahu nanti tentang apa itu kemerdekaan dan bagaimana negara kita boleh merdeka dan aman sejahtera sehingga ke hari ini.

Saya cuba gambarkan tentang erti kemerdekaan, saya berikan Aiman Pensel dan kertas, saya minta dia lukis apa yang dia tahu tentang Malaysia, minda kanak-kanak tak sama dengan orang dewasa, kanak-kanak berumur 5 tahun, yang baru ingin mengerti erti kehidupan dan sekitarnya.

Dan hasilnya seperti di bawah ^__^

malaysia merdeka54

1. Lukisan 2 Budak diatas adalah gambaran Dia (Aiman) dan Adik (Haziq)

2. Merdeka 54 (Sebab saya beritahu dia bahawa Malaysia Sudah merdeka 54 Tahun)

3. Aiman kata i Love Malaysia *tapi bentuk Love tak reti buat, ibu tolong buatkan ^__^*

4. Kereta, katanya itu kereta Ayah ^__^

5. Askar, Kereta kebal yang dimaksudkan hehe, siap ada flag lagi

6. Ibu dan Ayah *yang rendah tu Ibu katanya hehee*

7. Ikan Jaws *tak tahu apa motip dia lukis -..-“*

Saya masih cuba menyelami apa yang cuba ingin disampaikan oleh Aiman melalui lukisan diatas, tapi yang saya tak faham kenapa ada ikan Jaws tu -..-“

Dan sebenarnya juga entry ini sengaja saya buat seperti ini, kerana apa yang saya lihat dah banyak entry dari peserta lain yang menceritakan 100% tentang sejarah dan kemerdekaan Negara Malaysia, so saya mencuba untuk membuat kelainan dari peserta yang lain (lain lah sangat konon..hahahaa, masa tinggal lagi 6 minit nak pukul 12malam)

Insyaallah semua syarat2 penyertaan saya sudah buat, diharap penyertaan ini dapat diterima, sekian dari saya ^___^, gudluck untuk semua yang masuk bertanding untuk contest ini.

β€œCabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan, kerjasama eQurbanβ€œ.

– Entry done 11.56pm πŸ˜€

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

40 thoughts on “Cabaran Malaysia #Merdeka54”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge