(Gambar) Diana Amir Kini Bertudung

Salam, macam biasa buka mstar.com.my, wahhh sukalah tengok pelakon Diana Amir, beliau kini tampil dengan imej terbarunya dengan mengenakan tudung, alhamdulillah bertambah lagi seorang artis Malaysia yang tampil dengan imej bertudung. terdahulu penyanyi Siti Nordiana pun dah Bertudung juga. Layan bawah (Gambar) Diana Amir Kini Bertudung.

gambar diana amir bertudung

Diana Amir mula mengenakan tudung bermula pada isnin yang lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Pelakon Filem Aku Masih Dara ini juga turut berjumpa dengan Irma Hasmie dan Wardina Saffiya untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan dari mereka, kerana baginya dia masih cetek dalam hal-hal agama.

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.

“Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,” katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Sumber : Yanghangat.com dan Mstar.com.my

.

– Alhamdulillah, seronok juga tengok seorang rakan blogger yang kini dah mula bertudung, semakin cantik blogger tu ^_____^

You Might Also Like

22 Replies to “(Gambar) Diana Amir Kini Bertudung”

  1. Pingback: Bella Enveeus

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge