Peluk-peluk Pagi Raya

Salam, syukur alhamdulillah kami telahpun selamat sampai semula ke Klang nie, flight pagi semalam pukul 10.30 turun di LCCT, sebenarnya banyak yang ingin saya update disini tapi kesihatan saya tidak berapa mengizinkan, doakan saya cepat sembuh yea, so saya share dahulu gambar aksi peluk-peluk pagi raya oleh kucing mak saya ^___^.

20110904-113158.jpg

Si Kampung dan Shin Chan

Pagi raya balik dari Tanah Perkuburan, terhidang depan pintu aksi atas tu, waaa so cute tau, nak tahu mak saya ada bela 5 ekor kucing kalau saya tak silap, nama pun macam-macam yang diberikan, saya tertarik dengan kucing yang nama si kampung nie, di gelar si kampung sebab tak reti makan Frieskies/Whiskies hehe, dah tu jinak sesangat.

– Pssttt!!! kucing-kucing mak semua tak reti buang air kecil atau besar dalam rumah, siap masuk bilik air lagi, kagum wooo ^___^

Sent From My iPad2

Comments

  1. Kucing boleh diajar kencing dan berak didalam bilik perlu diajar dari kecil lagi cuma bilik air sedikit berbau walaupun najis kucing telah disiram. Tetamu yang tumpang bilik air tidak selesa dengan bau tapi bagi tuan rumah dah sebati dengan bau tersebut

  2. kucing ni kalau dibiasakan dari kecik utk buang air dlm bilik air, mmg sng. tp klu kucing jantan tu, kena hati2 gk. kdg2 dia suka ‘tanda kawasan’ kt kaki2 kerusi atau sofa dlm rumah. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published.