Salam, pagi-pagi buta lagi saya capai ipad2 sebab nak google pasal iPhone 5 nak tahu spesifikasi dan rupa iPhone 5, tapi kecundang sangat sebab rupanya Apple melancarkan Apple iPhone 4S Dan Bukannya iPhone 5 , hem takpelah adalah tu nanti Apple keluarkan iPhone 5. Jom kita tengok apa yang menariknya dengan iPhone 4S nie.

iphone 4s

Antara ciri-ciri baru iPhone 4S adalah :

  • Kamera 8 megapixel dengan resolusi sensor yang lebih tinggi, wowww 8mp tu !!
  • Processor A5 dual-core yang 7 kali lebih pantas dari iPhone 4
  • Design world antena baru yang lebih baik kuasa penerimaannya
  • Bateri yang lebih besar dan tahan lama
  • Menggunakan sistem operasi baru iOS5 yang mempunyai iCloud dan iMessage yang menjadikan iPhone 4S berbeza berbanding iPhone 4.
  • Arahan suara baru SIRI contohnya apabila kita tanya cuaca, iPhone 4S akan menjawab secara automatik laporan cuaca setempat.

Sumber : Denaihati.com

Saksikan Video Preview iPhone 4s

 

Terdapat 2 warna iaitu hitam dan putih, manakala harga pula, untuk iPhone 4s 16gb  USD199, iPhone 4s 32gb USD299 dan iPhone 4s 64gb USD399.

– Tak sabar nak tengok iPhone 5 sebenarnya 😀

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

23 thoughts on “Apple iPhone 4S”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge