Salam, korang pernah tak mengalami situasi kena ganggu dengan anak time solat, budak-budak nie masa kecik memang selalu betul kacau, kalau nak solat memang kena suruh diorang pergi main jauh-jauh, huhuhu. kalau tak jadi macam kat bawah nie.

solat kena kacau

Patut kiblat serong ke kanan sedikit -..-“

Kesian Aiman kena kacau dengan adiknya, nasib baik jugaklah Aiman buat tak tahu, teruskan juga ler solat. Nak tarik haziq takut Haziq melalak nak kacau abang, dan nasib juga Aiman teruskan je solat even kena pegang montot dengan adiknya.

Dulu teringat masa budak-budak nie tak tahu apa lagi, ada ke patut seorang duk menari-nari depan sejadah, lagi seorang naik belakang badan time saya bersujud, sampai tak boleh nak bangun -..-“

– Alhamdulillah now dah tidak mengalami masalah tersebut, anak-anak pun dah cerdik sikit ^_____^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

27 thoughts on “Gangguan Ketika Solat”
  1. sama la ngn budak2 ni dulu…skrg ni dh besar…dh pandai ikut solat sama2 ngn ummi…he3…tp itula…tgh solat sempat lagi pergi minum air atau tido….hahahaha…

    last2 dorg cakap…”adik..ummi lambat la…” pastu masing2 lipat sejadah…katanya….dh siap….hik3…

  2. pernah jugak kena kacau dgn anak-anak sedara, sebelum solat dah ckp, duduk diam2 ye…tgk je…tp bila tgh solat, boleh pulak dia dtg duduk dekat depan, pas tu panggil2 nama …erm tapi ye la…kecil lagi ..tak faham kan.

  3. hehe anak sy nama aiman jugak.dulu selalu jugak menganggu,klu kita solat dia bley landing depan sejadah.skang dah besar bila kita bentang sejadah,sy soh dia solat dulu.dia solat cara dia la,tak smp berapa saat jer.pastu sy soh dia jgn kacau n main jauh2..:)

    1. hehe sama nama anak kita, Aiman alhamdulillah sejak dah skolah tadika nie banyak benda dia belajar, kadang kalau tengah solat dia yang kawal adiknya supaya jangan kacau 😀

  4. Adik bongsu saya ada gak mganggu kekadang…

    now die dh x ganggu sbb die dh faham…

    walaupun die x bape normal(mslh jantung) tapi die tetap cerdik…

    lps koz solat die lak solat..^ ^

  5. heheh/… memang biasa , even anak2 ikut solat sekali pun.. depa dok gelak2 lah.. pasti tarik telekung ibu, suh betulkan telekung depa yg tercabut… macam2 hal lah… sabor jer lah , sementara anak nak besor dan berakal.. hihii 😉

    1. hehehe saya tetiba teringat masa balik kampung, saya solat, aiman masa tu kecik lagi, nak sujud nie, boleh dia baring atas sejadah tu, time tu nak sujud, ade ke patot?? last2 batal, tak tahu nak sujud macam mana, takkan nak tindih dia -..-”

      now alhamdulillah diorang dah faham, aiman sejak dah sekolah tadika islamic alhamdulillah dan boleh solat, hafal bacaan kecuali doa qunut tunggang langgang, takpelah slow-slow masih dalam proses belajar. asalkan dia nak buat itu dah baik, selebihnya kena ajar lagi apa yang patut.

    1. sekarang dah ok bee, dulu macam bee tulah kena senyap-senyap hahaha, tapi kadang tak boleh jugak nak tinggal diorang kat bawah sebab takut main benda tajam ke api ke kan, sebab budak2 nie pernah terbakarkan bilik hahahha

        1. dulu akak pernah entry pasal bilik terbakar tu, siap bomba datang 2 jentera hehe, kelakar nak ingat balik dan kerana kejadian itu juga betul2 mematangkan kakyan, alhamdulillah kami selamat, syukur, cuma kerosakan sedikit je, sedikit pun nak perbetul rumah tu banyak gak pakai duit.

          sebab tu akak xberani nak biar diorang main tanpa pengawasan akak, biasa kalau akak on9 pun diorang ada duduk sama dengan akak, bermain sebelah akak, tak boleh lepa, akak risau, kalau diorang takde depan mata akak cepat2 cari hehe phobia 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge