Gigitan Sayang

Salam, kesian dengan Aiman, menangis kemain lagi dia, kena gigit dengan adiknya Haziq, tengoklah tu sampai naik lebam dan bengkak, haishhhh, semua nie sebab si adik geram kat abangnya, si abang kuat menyakat dia, apa lagi dia geram dapatlah gigitan sayang macam kat atas tu kahkahkahkah, haaa lain kali buat lagi yeee

aiman

Menangis meraung-raung jugak Aiman nie, yelah mana tak meraung kena gigit sekuatnya macam tu, Aiman kata sakit sangat, adik gigit kuat-kuat, uhukkkk

gigitan

Menangis meraung-raung jugak Aiman nie, yelah mana tak meraung kena gigit sekuatnya macam tu, Aiman kata sakit sangat, adik gigit kuat-kuat, uhukkkk

Asalnya diorang tengah main, yang abang nie saje nyakat adik, yang adik nie memang jenis “penggeram” (eh ada ke istilah tu ye, hehe), so bila dah geram mulalah haziq bertindak, semuanya secara spontan, tulah risau jugak kalau haziq dah sekolah nanti, kang digigitnya anak orang tak ke naya, tapi jenis haziq dia tak gigit kalau tak bersebab hehehe, so jangan buat haziq geram.

Yang bestnya lepas dia gigit abang dia tu, dia minta maaf, dia cakap “Adik geram kat abang tadi”

haziq

Gigi Haziq 😀

.

– Aiman kemain sakit, ngegada ke apa nie, jalan sampai bertongkat dengan penyapu kahkahkah

Comments

  1. adoi bahaya ni kak.. kalau anak bee yg kecik tu dulu ada juga main gigit2 ..tp bee nih tk boleh terus je ter tampar mulut dia , last2 hilang gitu je penyakit “penggeram ” dia … tapi best gak kadang2 tengok diorang ni punya peel

  2. ragam anak2 kak,namun itulah penyeri hidup berumahtangga sbg sumber inspirasi|kesian dgn jiran sebelah rmh aku ni blm ada penyeri rumahtangga,insyaAllah mereka dikurniakan anak suatu masa nnti..

  3. teringat anak kak aya, Umar…dia pernah gigit belakang budak perempuan usia 6 tahun di tadika , ketika itu dia baru je 4 tahun…lebam belakang budak tu..kenalah mama mintak maaf dgn mama budak tu…

  4. perghhh. siap berbekas tuh. mesti lebam tu nti. nsb baik gigi manusia yg gigit, kalau gigi piranha. mcm mana jadinya tu..hehehe.

    adik beradik, biasala bergurau senda..

    1. @azman, alolololo adik pompuan ke yang gigit tu?, nasib baiklah si abang tu nak mengalahkan, yang nie pun abang gak mengalah banyak, tapi kadang2 tu dia balas gak 😀

      sampai sekarang nie masih lebam, sian dia 🙁

  5. AIman dgn Haziq sama la ira ngn ahamd…ahmad kuat menyakat, adiknya Ira lak jenis yg cepat naik angin…tp biasa abang kalau pukul adik ngn bantal aje..tp adik balas dengan penumbuk….akhirnya abang la menangis…. “ummi, adik wat abang….”…kih3x

        1. bdk tu kan koz, mak dia pun dia cubit tau, hahaha, mak dia kata kalau anak dia cubit memang sakit tau, dia takpenah pun cubit2 nie, ntah mana anak dia blajar pun dia tak tau, risau kemain lagi dia, bkn apa takut kena marah ngan mak bdk lain tu hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.