Salam, oh sabtu nie 22 Oktober 2011 ada Perhimpunan Sejuta Umat kan?, yang mana akan berlangsung di dalam Stadium Shah Alam pada pukul 2 hingga 6 petang, dan ianya tidak melibatkan sebarang perarakan, bagus jugaklah tak perlu ada perarakan sebab risau ketegangan akan berlaku, maklumlah soal agama nie perkara yang sangat sensitif.
Untuk Keterangan lanjut layari Himpun.org
Permit perhimpunan pun Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dah keluarkan kepada Penganjur Himpunan Sejuta Umat, ini kerana yakin perhimpunan akan berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang ditetapkan dalam permit.
“Kita telah teliti program yang akan diadakan iaitu bersajak, nasyid dan ceramah. Kita juga tidak menerima sebarang laporan negatif berhubung perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Pencegahan Jenayah Kilang-Kilang di Selangor, di sini pada Rabu.
Bagaimanapun katanya, polis sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.
“Anggota kita sentiasa bersedia dan memastikan kawalan keselamatan beradapada tahap baik termasuk aliran trafik pada hari berkenaan,” katanya.
Tun Hisan juga meminta pihak yang berkenaan khususnya penulis blog, agar menghentikan tindakan menghasut orang ramai dengan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam itu. Katanya tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai dan menimbulkan kebimbangan yang tidak berasas. – Ingat tu yea wahai Blogger!
– Mstar.com.my
– Harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
berhimpun untuk pertahankan akidah, bukan cara Nabi Muhammad. Tolong belajar balik cara Rasulallah berdakwah
read this http://chomeini.blogspot.com/2011/10/oh-murtad.html
Saya baru je publish entri pasal ni,walaupun tak dapat pergi,tolong promosi kat blog pun ok jugak la
sayangnya tak banyak pihak yang amik berat program macam ni.even ahli politik pun tak banyak yang melibatkan diri.mungkin kurang hangat dalam pandangan mata diorang.takpe la,masih ada lagi insan yang mementingkan isu murtad ni 😀
nak gi ke tak ekk..
at least ada perubahan jugak dalam hati umat Islam Malaysia utk lebih bersatu. biarkan suara Muslim Malaysia didengar seluruh dunia.
Mula-mula saya inign minta maaf jika komen yang bakal ditulis agak berbaur kontroversi.
Perhimpunan yang bakal dianjurkan adalah baik cuma tidak ada kuasa eksekutif untuk menrubah ia nya sekadar ekspresi sahaja.
Contoh bantahan Malaysia keatas kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin. Ia nya cuma bantahan bertulis atau berbentuk kecamanan. Adakah ia mengurangkan kekejaman dari pihak Israel tentunya tidak.
Bagi saya kesedaran di peringkat akar umbi adalah penting bukan No Action Talk Only(NATO)
Kalau kita tak mampu mengubah dengan tangan kerana sebab tertentu, dapat membenci dihati itu adalah iman yg selemah-lemahnya.
nak pegi sangat sangat ! tapi dekat ipoh ni. kalau ade lesen, bole gak ikhwan pegi sana. heheh.
saya ada dapat juga kertas iklan himpunan sejuta umat Islam ni. insha Allah akan ada rombongan dari Perlis bertandang ke sana nanti 🙂 semoga majlis berlangsung mengikut agenda asal
koz pun x g kot…
bz byk kje mau siapkan…^ ^
p/s: yang akak nyer tukan lau dh siap koz email k…
(biarlah rahsia hihihi)
hehehe ok2, tak sabar nak dapat email “biarlah rahsia tu” heeee 😀
InsyaAllah semua akan berjalan lancar..
Amin 😀
mcm best je program ni..kalau dekat leh turun 😉
betul-betul, program yang penuh dengan pengisian, nie teringin gak nak turun tapi anak2 nie payah nak gi tempat ramai-ramai macam nie, mesti sibuk nak cari toilet lah, makanlah haishhh
jangan ade kjadian y tidk diingini berlaku.. moga perhimpunan ini dirahmati..
Insyaallah Amin, mudahan 😀
moga2 acara ini dapat di jalankan dengan lancar^^…
akak turun ke nanti…?
Insyaallah Amin mudahan, tak turun, anak2 nie payah nak gi tempat macam tu, dibuatnya menangis kat stadium tu naya 😀
Himpunan Sejuta Umat Di Stadium Shah Alam http://t.co/6fmM6tRE (via @yanmie)