Salam, oh sabtu nie 22 Oktober 2011 ada Perhimpunan Sejuta Umat kan?, yang mana akan berlangsung di dalam Stadium Shah Alam pada pukul 2 hingga 6 petang, dan ianya tidak melibatkan sebarang perarakan, bagus jugaklah tak perlu ada perarakan sebab risau ketegangan akan berlaku, maklumlah soal agama nie perkara yang sangat sensitif.

himpunan sejuta umat

Untuk Keterangan lanjut layari Himpun.org

Permit perhimpunan pun Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dah keluarkan kepada Penganjur Himpunan Sejuta Umat, ini kerana yakin perhimpunan akan berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang ditetapkan dalam permit.

“Kita telah teliti program yang akan diadakan iaitu bersajak, nasyid dan ceramah. Kita juga tidak menerima sebarang laporan negatif berhubung perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Pencegahan Jenayah Kilang-Kilang di Selangor, di sini pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, polis sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.

“Anggota kita sentiasa bersedia dan memastikan kawalan keselamatan beradapada tahap baik termasuk aliran trafik pada hari berkenaan,” katanya.

Tun Hisan juga meminta pihak yang berkenaan khususnya penulis blog, agar menghentikan tindakan menghasut orang ramai dengan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam itu. Katanya tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai dan menimbulkan kebimbangan yang tidak berasas. – Ingat tu yea wahai Blogger!

– Mstar.com.my

– Harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

20 thoughts on “Himpunan Sejuta Umat Di Stadium Shah Alam”
  1. Mula-mula saya inign minta maaf jika komen yang bakal ditulis agak berbaur kontroversi.

    Perhimpunan yang bakal dianjurkan adalah baik cuma tidak ada kuasa eksekutif untuk menrubah ia nya sekadar ekspresi sahaja.

    Contoh bantahan Malaysia keatas kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin. Ia nya cuma bantahan bertulis atau berbentuk kecamanan. Adakah ia mengurangkan kekejaman dari pihak Israel tentunya tidak.

    Bagi saya kesedaran di peringkat akar umbi adalah penting bukan No Action Talk Only(NATO)

    1. betul-betul, program yang penuh dengan pengisian, nie teringin gak nak turun tapi anak2 nie payah nak gi tempat ramai-ramai macam nie, mesti sibuk nak cari toilet lah, makanlah haishhh

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge