Kenapa Tak Boleh Akses Blog?

Salam, maaf pada pengunjung setia blog ini (ada ke? hehe), semalam seharian blog ini tidak dapat diakses dengan baik, ini kerana saya meminta pihak hosting Serverfreak untuk memindahkan hosting blog saya kepada server malaysia, sebelum ini saya menggunakan server US, agak banyak masalah yang saya alami bila saya menggunakan server US, maybe tak serasi kot hehehe

migration

Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi bertanya dan informkan di laman YM, FB, Twitter berkenaan permasalahan tersebut, sayang korang ketat-ketat (see saya ada kawan-kawan yang ambil berat, luv u all).

Berikutan dari saya Pindah Hosting, terlalu banyak sebenarnya masalah yang blog ini alami, google agak keliru dengan blog saya hehehe, sebelum saya pindah hosting saya menggunakan domain tanpa www, tetapi bila saya pindah ke hosting baru, setting domain saya telah berubah ke www.yanmieonline.com, tetapi saya agak cool je sebab ingatkan tak ada masalah dengan perubahan tersebut kerana ianya akan redirect, tetapi jangkaan saya silap.

dashboard wordpress

Memandangkan entry blog ini hampir mencecah 2K, so terlalu banyak entry yang akan redirect “too many redirects”, ianya juga menjejaskan SERP blog ini.

Sebelum ini blog ini menerima sitelink dari google, tapi bermula pagi tadi saya tengok sitelink tersebut dah tak ada, google pening agaknya, mana satu domain betul ni, hehe plus saya tukar server.

Tapi walaupun permasalahan diatas timbul saya masih cool dan comel, ehhh??? hahahhaa. Saya yakin semuanya akan kembali kepada sediakala, walau bagaimanapun entry saya masih lagi di index oleh google, makasih google, saya lu ketat-ketat heeee.

– Tapi kat iPad2 saya, masih tidak boleh akses blog ini, maybe server belum pointing sepenuhnya lagi  -..-“

Comments

  1. masalah juga bila pindah rumah nih..ni baru jer pindah..nak index oleh google?..hurmm..mimpi jer la..agak2 berapa lama yer kak yan?..tingtong kepala sebab x masuk google..hoho..

      1. tapi dalam tempoh tu memang azab la kan kak..hehe.tu yang tak sanggup tu dengan blog yg trafik rendah macam saya ni.macam menarik serverfreak ni. siap dah ada cloudflare skali.tapi kena fikir betul-betul sebelum tukar.

    1. kalau domain je dia masih guna server blogspot (google), domain hanya alamat rumah (url), nak letak domain kt blogspot senang sgt, xsampai 1 minit domain blh guna.

  2. a;ah kak kejap ok kejap tk .. pastu tengok sitelink dah tak de , pastu entri 6 hari lepas je ada bila search yanmie ..google pening kak.. heheh ..

    p/s : tk mo tukar hosting takut jd gini hehehe ..

    1. perkara biasa, barulah blogging mencabar hehe tapi sejujurnya xkisah pun, ala bee entry hari ni, semalam dan seterusnya ada je kat goole tu, cuba search entry ini, ada je kat google.

  3. Rasanya tidak masalah kepada Yanmie walaupun hilang sitelink dari Google kerana blog ini mempunyai pengikut yang ramai. Sekejap sahaja recover balik 🙂

    1. kalau readers banyak dari US biarkan je, tu lagi senang diorang nak akses blog, tak payah tunggu lama, sbb memang guna server sana, saya sebab readers kebanyakannya memang dari malaysia, so masa menunggu page load tu dapat dikurangkan berbanding server yang jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.