Ketam Masak Pedas

Salam, baru nie buat menu Ketam Masak Pedas, sesekali makan ketam best jugak, tak boleh makan selalu sebab rumit tapi sedap!, kena berketuk tung tang time nak makan hehe, tapi kali ni ketuk dan pecahkan sesiap sepit ketam tu, senang sikit nak makan sebab ketam yang dibeli ni saiz besar so dah tentu kulit kemain tebal lagi.

ketamFresh lagi tu, masih hidup ketam tu, nak masukkan dalam plastik pun takut, minta tolong pakcik kat econsave tu, sebab en.hubby dan anak-anak tunggu dalam kereta, takde parking. Pakcik anak beranak duk gelak sebab saya tak berani nak pegang ketam tu, fobiaaa wooo masa kecik dulu dah penah kena sepit dengan ketam nie, sampai sekarang berbekas kat ibu jari nie kahkahkahkah adoiiii.

ketam masak pedasBeli 2 ekor je, nie pun dah dekat Rm 50.00 but oklah sangat berbaloi sebab saiz besar, then fresh lagi tu, makan tang sepit je pun dah penuh mulut, isi padat.

ketam masak pedas

Yeayyyy dah siap, kali ni en.hubby makan dengan nyaman sebab saya dah pecahkan sesiap kulit ketam kat sepit tu, sebab kulit tu keras woo, takleh nak gigit dengan gigi, boleh patah gigi kikiki.

– yummyyyy ^___^

Comments

  1. Ketam nipah mmg sedap,kalau selalu makan ketam ni,ketam laut dah tak sedap dah.ketam ni kena cucuk bahagian tengah bawah,dia akan mati perlahan lahan senang sikit nak siang nanti.

  2. hehe saya pun malas masak ketam , lagi2 time nak makan astik kena kopek kulit , lepas kakak , una pastu baby , pastu ulang balik last ibunya tak makan , ketam pun habis kahkah .. baik beli udang je ..tp nanti nak beli gak lama si kakak minta nak makan ketam..siap rayu ”pleaseee 2x..”

  3. yg malas mkn ketam ni sbb nk kopek2 tu ler … haha … xpernah lg mkn ketam mask pedas..slalu mkn masak lemak jer … rajen kak yan ketuk2kan siap2 … 😉

    1. mak aku pandai masak ketam ni dengan resepi rahsia dia tapi aku tak pernah nak amik tau apa nama masakan dia tu.yang aku tau kalau mak aku masak memang the top! hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.