Salam, pagi tadi sedang saya berada di laman rumah tengah menyidai kain, tetiba terkejut ada lembu lalu depan rumah, seakan ‘perak’ sekejap tengok lembu, banyak pulak tu, adalah dalam 10 ekor kot macam tu, risau juga kalau lembu tu mengamuk masuk dalam pagar rumah hehe, besar-besar semuanya.
Adakah ini lembu korban, yang terlepas dan tersesat? sebab tak nampak pun macam ada penjaga lembu tu, haraplah bukan lembu korban yang terlepas, tapi rasanya macam bukan sebab masih awal lagi, raya Aidiladha 6hb ni kan?
Ke lembu-lembu atas tu yang selalu saya nampak kat area GM klang tu, tapi kalau yea, jauh jugak lembu-lembu nie makan angin ^___^
– Tahun ni en.hubby buat qurban lagi kat kampung ^___^
ni lembu riot ni. diorang lari dari kandang. maklum la raya qurban da nak dekat.
ni kira ok kat yan berkeliaran dekat jalan.. saya hari tu lembu sesat masuk parking kereta dekat opis.. habis dia buang najis dekat kawasan parking.. kira buat perangkap samarlah tu.. hehehe
Kadang2 menyampah juga dengan tuan lembu, kambing yang suka biarkan binatang mereka berkeliaran. Kalau area kampung tu bersepah.
besarnya lembu,cukup makan ni | semoga ibadah kurbon diterima..
lembu2 di bukit tinggi yer? hehe
kalau kat kampung saya,binatang lain pulak yang lalu.hehe…yang buat bunyi ‘oink…oink…oink…’ tu.hehe :p
kt kawasan kampung sya pun tk pernah nampak lembu lalu depan rumah…kt bandar ada yea lalu kawasan perumahan….
tahun ni cam biasa…MIL buat qurban….
Kawasan perumahan saya pun ada lembu dilepaskan oleh pemilik. Habis pokok hiasan di depan rumah dikerjakan oleh lembu dan yang paling bahaya adalah periuk apa yang ditinggalkan.
Majlis Perbandaran tidak berani ambil tindakan atas alasan pernah di saman pemilik kerana lembu yang di sita mati.
rasanya lembu yang larikan diri dari tuan kot.takut nak kena korban nanti.tu yg cabut lari awal2
kalau nampak di mpk ni mau kena sita tuan lembu tu hehehe.
betul tu, hehe tapi bahaya lah lembu2 ni berkeliaran, banyak lak tu, takut mengamuk je lembu2 tu 😀
jauh berjalan, luas pemandangan, xgitu, kak yan? hehe
ye betul2, hehe tapi jauh sangat tu 😀
sebelum mati apa salahnya pergi jauh sket 😛
kang tak balik naya pulak, nak korban 6hb nanti hehehe 😀
lembu ni sedang menikmati hari2 terakhir kot kak..
hahaha ye2 je 😀
Lembu tu tgh konvoi nak tengok perlawanan bola sepak piala malaysia esok .. hehehehe
uikk moden sungguh lembu2 tu yea 😀
lembu jalan2 tu makan angin jgn risau kak heheh ..
hehe mau tak risau bee, tengok ler lembu tu sihat-sihat je, nak sama tinggi dengan pagar tumah 😀
ya’rabbi…macam berkawat pulak dah lembu tu…. 😛
memang berkawat elok kak, nampak je banyak2 lalu tu yan terus masuk dalam rumah, takut kang dirempuhnya pagar tu, dah ler nak sama tinggi hehehe 😀
silap yan, ada cerita lagi, masuk umah ambil kamera snap gmbr kemudian br masuk umah blk…hehe
amik gambar dari dalam pagar rumah tu, pagar dah berkunci, zoom je dari BB tu pasal gambar tak cantik hehe