Salam, wiken lepas kami balik kampung kat Jengka, Pahang, kebetulan pula ada Drag kat jengka tu, cayalah drag pun ada kat sana, makin meriah lah Bandar Pusat Jengka lepas nie, sebab dengar kata memang akan selalu ada drag kat sana, layan jom gambar Jengka, Pahang Sprint Series 2011.

jengka pahang sprint test

Drag nie diadakan di Balora Mastika, Bandar Pusat Jengka, ramai juga yang datang tengok, harga tiket untuk masuk RM5 untuk seorang dewasa, kanak-kanak free je.

jengka pahang sprint series 2011

Jauh juga nak berjalan, parking jauh dari tempat drag tu -..-“

jengka pahang sprint series 2011

Meriah kan, ramai juga yang datang tengok, tapi meriah lagi Layan MUSC Drag Challenge di Cyberjaya dan Layan Drag kat Sepang International Circuit, but oklah ^____^

minum air

Kehausan ^_____^

pahang sprint series 2011

Jangan kata orang dewasa je minat, budak pun minat tengok benda-benda gini, pendek kata kami sefamily memang minat dunia permotoran, selongkar je entry permotoran dalam blog ini kalau rajin, macam-macam ada heeee ^_____^

lenguh kaki

duduk lepak tengok drag ^____^

.

Kami lepak sini dalam 30 minit je kot, lepas tu kami meneruskan perjalanan untuk balik ke Klang, duk Kampung 3 hari 2 malam je, tak puas rasanya -..-“